Fisioterapi

  PERKHIDMATAN  SOKONGAN KLINIKAL
Jabatan Fisioterapi merupakan satu jabatan pemulihan fizikal ketahap optimum atau satu pusat rehabilitasi fizikal dari segi pengurangan sakit, mobilisasi sendi, meningkatkan kekuatan otot atau fleksibiliti otot serta penjagaan postur keatas pesakit. Ia mula beroperasi pada tahun 2007. Pada masa kini Jabatan Fisioterapi mempunyai seorang  Ahli Fisioterapi Gred U32 dan 3 orang Ahli Fisioterapi Gred U29, yang bertugas untuk mengendalikan pesakit luar dan dalam.
 

Skop Perkhidmatan

Setiap pelanggan akan dilayan dengan mesra, bersopan santun, bertimbang rasa, cepat, cekap dan professional. Setiap pelanggan akan :

  • Menerima rawatan fisioterapi dengan adanya surat rujukan dari pengamal perubatan.
  • Didaftarkan dalam masa 15 minit selepas terima surat rujukan dan menerima rawatan dalam masa 30 minit didaftarakan.
  • Dikenakan bayaran mengikut Akta Fee 1994 melainkan jika disertakan dengan surat jaminan dari syarikat/jabatan/sekolah/IPTA/Pesara/kakitangan kerajaan atau pengecualian bayaran.
  • Setiap pesakit di dalam wad akan dirawat oleh ahli Fisioterapi pada hari yang sama selepas rujukan diterima pada setiap hari bekerja.
  • Diberikan jaminan bahawa kehormatannya dipelihara semasa menerima rawatan. Segala maklumat mengenai pesakit dan rawatan akan dirahsiakan dan hanya boleh diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinannya terrakluk kepada undang-undang.

Aktiviti Unit

  • Memberi perkhidmatan Fisioterapi kepada pesakit luar dan di dalam wad dengan penggunaan pelbagai modaliti perawatan berlandaskan Piawaian Amalan Fisioterapi.
  • Perawatan merangkumi modaliti ;
    • Mechanical therapy
    • Electrotherapy
    • Chest Physiotherapy
    • Exercise Therapy
    • Light therapy
    • Thermal therapy
    • Special technique
    • Cryotherapy 
    • Gait therapy
    • Patient education
  • Perawatan merangkumi kes-kes rujukan dari ;
    • Medical
    • Surgical
    • Orthopedic
    • Pediatric
    • O & G
    • Neurology
    • Neurosurgery
    • Anesthesiology
    • Dermatology
    • Rehabilitation
    • Lain-lain
  • Mengendalikan Kelas-Kelas Pendidikan Pesakit ( Support Group) sebulan sekali
  • Mengendalikan Program Obesiti dikalangan pesakit dan kakitangan kesihatan pada setiap tahun.
  • Mempunyai Team Senamrobik yang bergerak aktif dalam memenuhi keperluan Jabatan dan agensi kerajaan dalam menyemarakkan Kempen Cara Hidup Sihat.
  • Menerima jemputan Ceramah yang berkaitan perkhidmatan Fisioterapi  apabila diperlukan.