Unit Hemodialisis Hospital Alor Gajah mula beroperasi pada 12 Julai 2005. Bermula dengan 4 buah mesin Dialisis. Pada masa sekarang unit ini telah mempunyai 10 buah mesin Dialisis. Unit Hemodialisis dikendalikan oleh 14 orang kakitangan, 2 orang pegawai perubatan. Pakar Nefrologi dari Hospital Melaka akan datang melakukan lawatan dan pemeriksaan pesakit setiap 3 bulan.
Piagam Pelanggan
- Setiap pelanggan akan diberi layanan mesra dan profesional
- Memastikan semua prosedur rawatan yang diberi adalah terbaik, selamat dan teratur
- Perkhidmatan dialisis diberikan hanya kepada pesakit yang telah mempunyai temujanji
- Setiap pesakit diberi rawatan 3 kali seminggu
- Rawatan dialisis mengambil masa selama 4 jam setiap sessi
Skop Perkhidmatan
- Memberikan perkhidmatan rawatan hemodialisis terhadap pesakit yang telah disahkan oleh doktor mengalami kegagalan fungsi buah pinggang sama ada akut atau kronik
- Klinik Pakar oleh Pakar Perunding Kanan Nefrologi dari Hospital Melaka untuk pesakit yang menjalani rawatan dialisis diadakan setiap 3 bulan sekali
- Membekal peralatan rawatan CAPD kepada pesakit kegagalan buah pinggang.
- Memberi Suntikan Erythropoietin kepada pesakit CAPD.
Masa Operasi
Hari |
Masa Operasi |
Isnin, Rabu & Jumaat (termasuk hari kelepasan am) |
7.00 pagi - 9.00 malam |
Selasa , Khamis & Sabtu(termasuk hari kelepasan am) |
7.00 pagi - 9.00 malam |
Ahad |
Tutup |