Penyeliaan

  PERKHIDMATAN  SOKONGAN KLINIKAL

Unit ini berperanan dalam pengurusan sumber manusia, penyeliaan klinikal dan latihan dalam memastikan mutu perkhidmatan yang cemerlang, cekap, prihatin dan selamat diberikan kepada pesakit -pesakit oleh anggota dibawah seliaan iaitu Penolong Pegawai Perubatan, Pembantu Perawatan Kesihatan dan Pemandu Ambulan.

Visi

Menjana pasukan sokongan perubatan yang efisyen dan berdedikasi dengan sentiasa mempertingkatkan mutu perkhidmatan yang diberi kepada pesakit secara berterusan.
 

Misi

Menyediakan sistem penyeliaan klinikal (Clinical Supervision) yang cekap dan mantap secara berterusan kepada anggota dibawah seliaan supaya setiap aktiviti perkhidmatan diberi mengikut akta, peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan.

Objektif

  • Memastikan perkhidmatan yang diberi oleh Penolong Pegawai Perubatan, Pembantu Perawatan Kesihatan dan Pemandu Ambulan dilaksanakan secara professional, cekap dan berkualiti sepanjang masa mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.
  • Mengurus sumber manusia dibawah kawalan dengan cekap dan mengoptimakan bilangan anggota di sesebuah unit atau jabatan mengikut kepentingan perkhidmatan.
  • Menyediakan program latihan secara berterusan dan berkesan kepada anggota di bawah seliaan.
 

Skop Perkhidmatan

1. Audit Klinikal (Clinical Supervision) bagi semua anggota dibawah jagaan dijalankan secara berterusan:

  • Mematuhi ‟Standard Operating Procedure‟ dan akta Pembantu Perubatan. 
  • Peraturan-peraturan yang ditetapkan di peringkat hospital diamalkan semasa menjalankan aktiviti dan tugasan harian. 
  • Semua Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan mengaplikasikan senarai kerja yang telah diluluskan mengikut  bidang tugas masing-masing. 
  • Mematuhi senarai semak dan fail meja yang ditetapkan mengikut jabatan masing-masing.

2. Pengurusan sumber manusia di bawah seliaan :

  • Urusan keperluan anggota Permohonan Perjawatan Baharu (ABM); 
  • Orientasi anggota baru;
  • Urusan penempatan;
  • Urusan pengagihan anggota; 
  • Menyelaras dan mengurus keperluan akta perubatan atau mana - mana yang termaktub / arahan daripada pihak Lembaga Pembantu Perubatan / Kementerian Kesihatan Malaysia. (Contoh Pembaharuan APC – ‟Annual Practising Certificate‟ bagi Penolong Pegawai Perubatan.
  • Memantau dan mengurus kawalan disiplin anggota di bawah seliaan