Unit Kejururawatan Hospital Alor Gajah merupakan tulang belakang kepada hospital ini. Unit ini dianggotai seramai 176 orang jururawat dari pelbagai kategori. Merupakan 1/3 jumlah keseluruhan anggota kerja Hospital Alor Gajah. Unit Kejururawatan diketuai oleh Ketua Penyelia Jururawat Gred U42 dan dibantu oleh 3 orang Penyelia Jururawat Gred U36 bagi memastikan perkhidmatan kejururawat yang prihatin dan berkualiti . Anggota kejururawatan yang lain ditempatkan dibahagian klinikal bagi memberi perawatan secara total kepada pelanggan kami.
Menyediakan kemudahan perkhidmatan, penilaian, diagnosa, rawatan dan penjagaan serta memberi pendidikan kesihatan kepada pesakit .
Perkhidmatan yang diberikan ialah perkhidmatan kejururawatan bagi pesakit dalam dan pesakit luar.
Pesakit Dalam adalah pesakit yang menerima rawatan didalam wad.
Mereka ditempatkan di : -
Pesakit Luar adalah pesakit yang menerima rawatan di Jabatan Kecemasan & Trauma, Klinik Pakar, Unit Dewan Bedah dan Unit Haemodialisis.
Selain daripada merawat pesakit dalam dan pesakit luar jururawat juga membantu Medical Team dan membantu promosi pendermaan organ dengan Organ Donation Team Hospital Alor Gajah.
© 2021 Hospital Alor Gajah :: Hospital Kluster Melaka :: Hospital Rakan Bayi