Unit CSSU mula dibuka pada awal Mac 2013.Unit CSSU memberi perkhidmatan dalam pensterilan kepada semua Unit-Unit di Hospital termasuk juga Klinik Pergigian Alor Gajah serta Klinik Kesihatan yang berhampiran. Prosedur yang diamalkan sekarang adalah sama dengan standard yang diamalkan.
Skop Perkhidmatan
- Menerima, membasuh, mengering, memeriksa, membungkus, mensterilkan, menyimpan dan membekal semua alatan, linen dan bahan -bahan untuk kegunaan merawat pesakit.
- Mensterilkan set-set ,linen dan soft dressing yang siap dibungkus dari Pusat Kesihatan yang berdekatan.
- Membungkus dan membuat bahan-bahan steril untuk kegunaan hospital.
- Menyimpan produk steril selepas proses pensterilan, sebelum pembekalan.
- Membekal produk steril untuk kegunaan Jabatan/Unit/Wad/Klinik.
- Membungkus, mensterilkan dan membekal linen untuk kegunaan Dewan Bedah.
- Menyediakan ‘Quotation’ dari Syarikat Pembekal bagi pembelian peralatan yang perlu dibeli/diganti.
- Menyediakan anggaran keperluan barang surgical dan domestik untuk dikemukakan kepada pegawai yang berkaitan bagi tujuan pembelian.
Objektif
- Menyediakan Perkhidmatan Pensterilan, Bahan Dan Peralatan Steril Untuk Kemudahan Kesihatan.
- Meningkatkan Kemajuan Dalam Pensterilan Dan Mengimplimentasi Perubahan Yang Perlu Mengikut Perkembangan Semasa.
- Memberi Khidmat Nasihat Kepada Jabatan Dan Unit Lain Berkaiatan Proses Pensterilan,Konsep Dan Aliran Kerja Cssu.
- Mengekalkan Kemajuan Bidang Pensterilan Serta Melaksanakan Perubahan Jika Perlu Dari Masa Ke Semasa Seiring Dengan Peraturan Dan Tatacara Kerja Yang Disarankan.