
Unit Penyeliaan Hospital
Unit Penyelian Hospital adalah salah satu kompenan dibawah Pengurusan Klinikal Hospital.Berperanan dalam pengurusan sumber dan penyeliaan klinikal.untuk memastikan mutu perkhidmatan yang cemerlang, cekap, dan selamat diberi kepada pesakit-pesakit oleh anggota dibawah jagaannya iaitu Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan.
VISI
Menjana pasukan sokongan Perubatan yang kompenan dan berdedikasi dengan sentiasa mempertingkatkan mutu perkhidmatan yang diberi kepada pesakit secara berterusan.
MISI
Menyediakan Perkhidmatan Penyeliaan Klinikal (Clinical Supervision) yang kompiten dan berdedikasi kepada anggota di bawah jagaan supaya setiap aktiviti perkhidmatan diberi secara professional dan efektif memenuhi keperluan pelanggan.
| Memastikan perkhidmatan yang diberi oleh Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan dilaksanakan secara professional,cekap dan berkualiti sepanjang masa. |
| Mengurus sumber manusia dibawah kawalan dengan cekap dan mengoptimakan bilangan anggota disesuatu unit atau jabatan mengikut kepentingan perkhidmatan. |
| Merangka dan melaksanakan program latihan jangka pendek dan jangka panjang secara berterusan dan berkesan kepada anggota dibawah jagaan. |
PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN
- Lawatan Pakar Endokrinologi
- Ke Hospital Muar setiap 2 bulan @ 6 kali lawatan setahun
- Ke Hospital Jasin setiap 4 bulan @ 3 kali lawatan setahun
- Ke Hospital Alor Gajah setiap 4 bulan @ 3 kali lawatan setahun
- Lawatan Pakar Geriatrik
- Ke Hospital Alor Gajah setiap hari Rabu @ 4 kali lawatan setahun
- Rujukan pesakit ke hospital luar Melaka
- Hospital Serdang/ Institut Jantung Negara untuk kes Kardiologi
- Jabatan Neurosurgeri Hospital Kuala Lumpur untuk kes Neurosurgeri
- Jabatan Onkologi Hospital Kuala Lumpur untuk kes kanser paru-paru

