Jabatan Patologi

  • Jabatan Patologi Melaka merupakan jabatan diagnostik klinikal yang terdiri dari empat unit iaitu Patologi Kimia, Hematologi, Patologi Anatomi (Histopatologi & Sitopatologi) dan Mikrobiologi Perubatan (Bakteriologi & Serologi). Semua unit adalah terlibat secara langsung dalam melaksanakan ujian ke atas spesimen biologi yang diperoleh daripada pesakit. Ujian-ujian ini bertujuan untuk mendiagnosis dan memantau penyakit atau perkembangan sesuatu penyakit, untuk saringan dan pengesanan awal penyakit di kalangan pesakit tanpa gejala serta sebagai kaedah dalam pemantauan penyakit tertentu. Makmal Patologi ini berfungsi di peringkat tertiari.
  • Jabatan Patologi Hospital Melaka, Unit Patologi Hospital Alor Gajah dan Hospital Jasin adalah dibawah Perkhidmatan Kluster Patologi Melaka secara bersepadu dimana polisi dan tanggungjawab adalah seragam dari aspek pentadbiran termasuk:
  • perolehan aset, reagen, dan bahan guna habis,
  • pengurusan sumber manusia (termasuk latihan dan kompetensi) serta
  • program pengurusan kualiti dan akreditasi MS ISO 15189
  • kemaskini pada 19 Julai 2025
  • VISI
  • Kluster Patologi Melaka akan menyediakan perkhidmatan diagnostik yang komprehensif, berkualiti dan penyeliaan yang efisien, kos efektif, menepati masa dan inovatif bagi menyokong pengurusan dan perkhidmatan pesakit yang berkesan selaras dengan konsep Hospital Kluster Melaka.
  • MISI
  • Kami komited untuk bekerjasama sebagai satu pasukan profesional untuk menyediakan perkhidmatan yang cekap, dipercayai dan berkualiti ke arah mencapai kecemerlangan dalam penjagaan kesihatan pesakit dalam suasana yang prihatin dan mesra
  • kemaskini pada 19 Julai 2025
  • Menyediakan perkhidmatan Patologi yang mematuhi keperluan MS ISO 15189 pada setiap masa melalui audit dalaman.
     
    Mengekalkan perkhidmatan mesra pelanggan melalui kepuasan maklumbalas pelanggan.
     
    Menyediakan keputusan dan laporan ujian yang tepat dan cepat bagi perawatan pesakit.
     
    Memastikan semua staf mengetahui kandungan Manual Kualiti Makmal dan mematuhi dasar dan prosedur yang berkaitan dengan kerja mereka.
     
    Memastikan semua staf terlatih dan kompeten dengan tugasan mereka dengan menyediakan latihan dan peluang dalam meningkatkan pembangunan kerjaya.

    Memastikan Kluster Patologi dilengkapi dengan peralatan yang sesuai, diselenggara dan berfungsi dengan baik.

    Memastikan peralatan yang digunapakai menjalani verifikasi.

    Menyemak polisi dan prosedur kualiti bagi memastikan kesesuaian berterusan.

    kemaskini pada 19 Julai 2025
iUnit Pengurusan Patologi
iiUnit Kaunter Utama
iiiUnit Patologi Kimia
ivUnit Hematologi
vUnit Patologi Anatomi (Histopatologi dan Saitologi)
viUnit Mikrobiologi Perubatan (Bakteriologi dan Serologi)

Jabatan Patologi Hospital Melaka menyediakan perkhidmatan diagnostik mengikut unit seperti berikut:

iPatologi Kimia a) Routine Clinical Chemistry
b) Immunochemistry
c) Therapeutic Drug Monitoring
d) HbA1c
dan
e) Drug of Abuse Testing
 
iiMikrobiologi Perubatana) Bacteriology
b) Mycobacteriology
c) Immunology
d) Serology
e) Mycology
f) Parasitology
g) Molecular Testing
dan
h) Virology
iiiHematologia) Routine Haematology dan
b) Specialized Haematology
ivPatologi Anatomia) Histopathology
b) Frozen Section
c) Clinical Autopsy
d) Cytopathology
e) Seminal Analysis
dan
f) Fine needle aspiration cytology (FNAC) Clinic.