
Jabatan Pediatrik
Jabatan Pediatrik Hospital Melaka menyediakan perkhidmatan rawatan kepakaran pediatrik kepada penduduk Negeri Melaka serta kawasan sempadan berdekatan. Jabatan ini telah berpindah dari bangunan lama ke Blok Baharu secara rasmi pada 1 Jun 1999, dengan jumlah keseluruhan 169 katil yang diperuntukkan bagi pesakit pediatrik.
Wad Pediatrik, yang menempatkan kanak-kanak berumur satu bulan hingga 12 tahun, kini merangkumi tiga lokasi iaitu Wad 1-4 (24 katil), Wad 1-2 (15 katil) yang berfungsi sebagai wad multidisiplin, serta Wad B2 (18 katil). Jumlah keseluruhan katil bagi perkhidmatan ini adalah 57 katil.
Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) telah ditubuhkan pada Jun 2010 di dalam Wad 1-4 selepas kerja-kerja pengubahsuaian dijalankan. Unit ini dilengkapi dengan 6 katil, termasuk 2 bilik isolasi bagi pesakit yang memerlukan pengasingan dan pemantauan rapi.
Wad Neonatal menyediakan penjagaan khusus kepada bayi baru lahir sehingga usia satu bulan. Wad ini kini merangkumi 80 katil di bawah Nurseri Penjagaan Khas (SCN), termasuk 18 katil bagi Unit Rawatan Rapi Bayi (NICU – Tahap III). Selain itu, Wad B2 turut dibahagikan bagi menampung 26 katil khusus untuk bayi dengan jaundis, sebagai sebahagian daripada usaha memperluas kapasiti penjagaan neonatal yang selamat dan berkualiti tinggi.
Klinik Pakar Pediatrik telah berpindah ke Blok B, Aras G sejak tahun 2008, dan menyediakan perkhidmatan rawatan susulan kepada pesakit yang telah discaj dari wad, serta menerima rujukan daripada hospital dan klinik di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan fasiliti kesihatan swasta.
Pusat Rawatan Harian Pediatrik (Day Care) terletak di Aras 1, Blok G, dan menawarkan rawatan pesakit luar berkonsepkan rawatan harian, di mana pesakit mendaftar, menerima rawatan, dan dibenarkan pulang pada hari yang sama tanpa perlu dimasukkan ke wad. Perkhidmatan ini memberi tumpuan kepada kes-kes haemato-onkologi, termasuk thalassemia, hemofilia, serta pesakit kanser kanak-kanak yang menjalani rawatan kemoterapi lanjutan.
Jabatan ini turut menyediakan perkhidmatan sokongan melalui lawatan berkala ke Hospital Kluster Alor Gajah dan Hospital Kluster Jasin sebagai sebahagian daripada inisiatif memperluas akses kepada perkhidmatan kepakaran pediatrik.
Pejabat Pentadbiran Jabatan Pediatrik terletak di Blok B, Aras 1, dan bertanggungjawab menguruskan segala aspek pentadbiran serta operasi harian jabatan.
Jabatan Pediatrik Hospital Melaka telah menerima Pensijilan Akreditasi daripada Malaysian Society for Quality in Health (MSQH) bagi tempoh 4 tahun bermula 9 Ogos 2024 hingga 8 Ogos 2028. Pencapaian ini merupakan pengiktirafan terhadap komitmen hospital dalam mengekalkan mutu perkhidmatan dan keselamatan pesakit selaras dengan standard kualiti penjagaan kesihatan yang ditetapkan.
VISI
Memberikan perkhidmatan dan rawatan kepakaran terkini yang berkualiti dengan mengutamakan sikap prihatin, profesionalisma dan kerja berpasukan untuk kepuasan semua pelanggan kami.
MISI
Memberikan perkhidmatan Pediatrik dan rawatan yang memfokuskan pesakit neonatal dan kanak-kanak secara kerja berpasukan, prihatin dan profesionalisme.
| Berusaha memberi perkhidmatan rawatan yang cemerlang dan menyeluruh kepada bayi dan kanak-kanak dengan mengutamakan perawatan yang cekap, bermutu tinggi dan berkesan, dengan menggunakan sumber yang sedia ada. |
| Memberi perkhidmatan penentuan penyakit dan rawatan pemulihan yang bermutu tinggi kepada bayi dan kanak-kanak sakit supaya komplikasi dapat diatasi diperingkat awal secara optima. |
| Memberi perkhidmatan kejururawatan yang bermutu tinggi supaya pesakit-pesakit mendapat layanan yang sempurna dan cepat sembuh dalam suasana yang harmoni. |
| Memberi latihan dalam pengurusan penyakit kanak-kanak dan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran rawatan dalam kalangan doktor dan jururawat. |
| Memberi pendidikan kesihatan kepada pesakit dan keluarganya. |
| Mengamalkan Polisi Penyusuan Ibu dan memelihara status Hospital Rakan Bayi dan Hospital Rakan Mesra Kanak-kanak. |
Jabatan Pediatrik komited untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi yang memenuhi keperluan dan kepuasan pelanggan. Komitmen ini diperkukuh melalui amalan kerja berpasukan, profesionalisme, keprihatinan, serta budaya inovasi dalam kalangan warga jabatan.
| Perkhidmatan Rawatan Pesakit Luar | |
| Klinik-Klinik | Klinik Pakar Pediatrik (Paediatric Clinic)Klinik Pakar Penyakit Berjangkit (Infectious Disease Clinic)Klinik Perkembangan Kanak-kanak (Child Development Clinic)Klinik Lawatan Pakar Nefrologi setiap 2 bulan (6 kali setahun)Klinik Lawatan Pakar Respiratori 5 kali setahunKlinik Lawatan Pakar Neurologi setiap 3 bulan 4 kali setahun |
| Pusat Rawatan Harian | Rawatan dan Pemindahan Darah Pesakit ThalassemiaRawatan Pesakit HemofiliaProsedur Pelalian (untuk prosedur MRI, CT scan, EEG, BSER, skin biopsy)Rawatan Lanjutan Kemoterapi Pesakit LuarPemberian suntikan Palivizumab kepada bayi pra-matang |
| Perkhidmatan Rawatan Pesakit Dalam | |
| Unit Rawatan Rapi Pediatrik (Paediatric Intensive Care Unit – PICU) Wad Pediatrik Am 1-4, 1-2, B2 (Rawatan pesakit dalam yang komprehensif untuk bayi dan kanak-kanak berumur 1 bulan hingga 12 tahun)Unit Rawatan Rapi Neonatalogi (Neonatal Intensive Care Unit – NICU)Nurseri Penjagaan Khusus (Special Care Nursery – SCN)Penjagaan Paliatif Pediatrik (Paediatric Palliative Care – PPC)Pasukan Pengesanan dan Pengurusan Kes Penderaan dan Pengabaian Kanak-kanak (Suspected Child Abuse and Neglect – SCAN) | |
| Perkhidmatan Hospital Kluster | |
| Lawatan Pakar Pediatrik ke Hospital JasinLawatan Pakar Pediatrik ke Hospital Alor Gajah | |
| Lokasi | Waktu Operasi | Waktu Melawat |
| Klinik Pakar Pediatrik (Blok B, Aras G) | Isnin 8.00 pagi – 5.00 pm Selasa 8.00 pagi – 5.00 pm Rabu 8.00 pagi – 5.00 pm Khamis 8.00 am – 5.00 pm Jumaat 8.00 am – 12.15 pm | |
| Pusat Rawatan Harian (Blok G, Aras 1) | ||
| Wad B2 (Blok B, Aras 2) | Wad B2 (Pediatrik), 1–4, 1–2 Isnin – Jumaat 12.30 t/hari – 2.00 ptg 4.30 ptg – 7 ptg Sabtu, Ahad & Cuti Umum 12.30 t/hari – 2.00 ptg 1.00 t/hari – 7 ptg Wad B2 (Neonatal), PICU, NICU, SCN Semua Hari Termasuk Cuti Umum 12.30 t/hari – 2.00 ptg 4.30 ptg – 7 ptg | |
| Wad 1–4 & PICU (Blok F, Aras 1) | ||
| Wad 1–2 (Blok F, Aras 1) | ||
| Wad SCN & NICU (Blok G, Aras 2) |
| Sesi Pagi 8.00 pg – 1.00 ptg | Sesi Petang 2.00 ptg – 5.00 ptg |
| General | General |
| RVD Clinic | |
| Neonatal | Disability Clinic |
| SCAN Clinic |
| Sesi Pagi 8.00 pg – 1.00 ptg | Sesi Petang 2.00 ptg – 5.00 ptg |
| General | General |
| Rheumatology | TB Clinic |
| Hematology | Diabetic Clinic |
| Nephrology | |
| Immunology | Bereavement Clinic |
| Sesi Pagi 8.00 pg – 1.00 ptg | Sesi Petang 2.00 ptg – 5.00 ptg |
| General | Combined Paeds + Rehab Clinic |
| Cardiology & Echocardiogram | Cardiology & Echocardiogram |
| Sesi Pagi 8.00 pg – 1.00 ptg | Sesi Petang 2.00 ptg – 5.00 ptg |
| Neurology | Asthma Clinic |
| Endocrine | Nephrology Clinic |
| Learning Difficulties | Combined Development Clinic |
| Sesi Pagi 8.00 pg – 1.00 ptg | Sesi Petang 2.00 ptg – 5.00 ptg |
| Neonatal | SGS Clinic |
Jabatan Pediatrik komited untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi yang memenuhi keperluan dan kepuasan pelanggan. Komitmen ini diperkukuh melalui amalan kerja berpasukan, profesionalisme, keprihatinan, serta budaya inovasi dalam kalangan warga jabatan.

