Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC)

VISI DAN MISI

VISIUntuk menjadi organisasi penyelidikan klinikal terunggul di Asia.
MISIUntuk meningkatkan kesihatan pesakit melalui penyelidikan klinikal yang beretika dan berkualiti.

OBJEKTIF

Untuk mempertingkatkan aktiviti penyelidikan klinikal di hospital dengan mewujudkan suasana serta menyediakan kemudahan bagi menyokong aktiviti penyelidikan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia.

SKOP PERKHIDMATAN

  • Menyokong dan memudahcara aktiviti-aktiviti penyelidikan di hospital dengan menyediakan:
    • Pangkalan data bagi para Pakar Perubatan yang berminat dengan penyelidikan, – menurut bidang yang di minati, rekod-rekod mengenai Penyelidikan Tajaan Industri (ISR), Penyelidikan Inisiatif Penyelidik (IIR) dan hasil-hasil penerbitan;
    • Sokongan teknikal seperti analisis statistik;
    • Sokongan pentadbiran seperti menyediakan pembantu penyelidik dan penyelaras penyelidikan;
    • Sokongan fasiliti seperti IT, pengisian statistic dan sepertinya; dan terminal bekerja berkomputer
  • Untuk membantu pendaftaran protokol penyelidikan di NMRR (National Medical Research Register) dan memohon geran untuk penyelidikan.
  • Untuk mengambil bahagian dalam penyelidikan-penyelidikan klinikal dan segala penyelidikan yang dimulakan atau yang dikoordinasi oleh Institut Penyelidikan Klinikal.
  • Mempromosi penyelidikan dengan membina kapasiti-kapasiti tersebut:
    • Mengadakan kursus-kursus seperti Good Clinical Practice (GCP), Good Research Practice (GRP), Research Methodology and Biostatistics;
    • Mengadakan Continuous Professional Development (CPD) secara berterusan;
    • Menjalankan klinik penyelidikan- mengadakan konsultansi mengenai metodologi penyelidikan, reka bentuk penyelidikan, protokol dan analisa statistik;
    • Mengadakan program mentor kepada para pakar perubatan dan pengamal perubatan yang berminat dengan penyelidikan.

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

  • Penyelidikan
    • Menjalankan penyelidikan termasuk Investigator Initiated Research (IIR) atau Industry Sponsored Research (ISR)
    • Menyokong Industry Sponsored Research (ISR) bersama Clinical Research Malaysia
    • Menyokong penyelidikan yang dijalankan di fasiliti-fasiliti KKM
    • Memantau penyelidikan yang dijalankan di fasiliti-fasiliti KKM
    • Menyemak protokol penyelidikan bagi permohonan kelulusan etika untuk menjalankan penyelidikan
    • Membantu dalam penyebaran atau penerbitan hasil penyelidikan
  • Konsultasi
    • Memberi khidmat konsultasi penyelidikan dalam penulisan protokol dan penerbitan saintifik
    • Membimbing dalam proses permohonan geran penyelidikan
    • Membimbing dalam proses penyediaan perjanjian projek penyelidikan
  • Latihan
    • Menganjur latihan berkaitan penyelidikan untuk staf KKM
    • Menganjurkan latihan dalaman untuk staf CRC
  • Pentadbiran
    • Menyediakanlaporan-laporan berkaitan penyelidikan
    • Menguruskan peruntukan kewangan, sumber manusia dan fasiliti CRC
    • Menjadi secretariat kepada Jawatankuasa Penyelidikan Negeri

KURSUS-KURSUS ANJURAN CRC

Senarai kursus anjuran CRC–> https://www.crc.gov.my/crc-training-schedule/