
Jabatan Obstetrik & Ginekologi
Jabatan Obstetrik dan Ginekologi Hospital Melaka bertanggungjawab memberi perkhidmatan yang berkualiti, professional, adil dan saksama dengan berpandukan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2000 dan Persijilan Akreditasi. Khidmat Kepakaran Kebidanan dan Sakit Puan yang diberi merangkumi perawatan para pesakit di negeri Melaka dari Daerah Melaka Tengah, Alor Gajah, dan Jasin, juga termasuk Selatan Negeri Sembilan dan Utara Johor.
Jabatan ini mempunyai 5 wad iaitu Wad Aras 3-2, 3-3 dan 3-4 yang menempatkan pesakit antenatal dan postnatal berisiko tinggi, Wad Aras 3-1 yang menempatkan pesakit ginekologi dan A3 yang menempatkan pesakit postnatal berisiko rendah dan ginekologi.
Kamar Bersalin yang mempunyai 16 bilik untuk ibu-ibu bersalin ditempatkan di aras 2, empat bilik daripadanya digunakan untuk perawatan proses induksi bersalin kes-kes yang berisiko tinggi dan 4 lagi bilik digunakan sebagai High Dependency Unit (HDU) untuk pemerhatian rapi kes-kes berisiko tinggi. Ianya juga dilengkapi dengan satu bilik pembedahan (OTM).
Klinik Obstetrik dan Ginekologi pula terletak di Kompleks Klinik Pakar, Aras 1. Perkhidmatanpesakit luar di Klinik Pakar O&G beroperasi dari hari Isnin hingga Jumaat untuk kes–kes rujukan dan susulan Antenatal, Postnatal, Sakit Puan, Combined Clinic, Pre-Pregnancy Clinic, Maternal-Fetal Medicine Clinic, Gynae-Onco Clinic, Uro-Gynae Clinic, Infertility Clinic, Menopause Clinic, Kelas Pendidikan Pesakit dan Kelas Peneman.
Semenjak tahun 2019 sehingga kini, Hospital Melaka telah diiktiraf sebagai Hospital Rakan Bayi. Setiap ibu hamil yang datang untuk mendapatkan rawatan Antenatal di klinik O&G dan yang melahirkan bayinya di Hospital Melaka akan dipastikan mendapat ilmu dan kemahiran menjayakan penyusuan bayinya.
VISI
Jabatan Obstetrik dan Ginekologi Hospital Melaka memfokuskan perkhidmatan cemerlang dan berkualiti berasaskan nilai – nilai murni melalui kerja berpasukan ke arah keselamatan dan kepuasan pelanggan.
MISI
• Menyediakan perkhidmatan perubatan untuk ibu-ibu hamil dan pesakit ginekologi secara menyeluruh berteraskan budaya korporat, penyayang, berpasukan dan profesionalisme.
• Perkhidmatan secara teknologi tinggi bersesuaian dengan kehendak pelanggan, kebudayaan dan keperluan sosial masyarakat.
| Memberi perkhidmatan yang berkualiti serta berkesan kepada pelanggan-pelanggan di Jabatan Obstetrik dan Ginekologi |
| Memberi pendidikan kesihatan kepada ibu mengandung supaya lebih yakin semasa menghadapi saat bersalin. |
| Mengurangkan kadar kematian ibu – ibu mengandung dan bayi sejajar dengan matlamat Kementerian Kesihatan Malaysia. |
| Menyediakan khidmat kaunseling kepada wanita – wanita yang menpunyai masalah sakit puan seperti barah, endometriosis, kesuburan, monopos dan sebagainya. |
| Membantu Kerajaan dalam usaha memberi kesedaran dan kefahaman kepada kaum wanita tentang kepentingan pencegahan penyakit terutamanya barah pangkal rahim. |
| Semua ibu – ibu yang bersalin di Hospital Melaka digalakkan menyusu bayi mereka dengan susu ibu sepenuhnya. |
- Maternal-Fetal Medicine unit
- Gynae-Oncology unit
- Uro-Gynaecology unit
Skop perkhidmatan yang dijalankan oleh Jabatan Obstetrik dan Ginekologi adalah seperti berikut:-
- Memberi perkhidmatan pesakit dalam wad
- Memberi perkhidmatan pesakit luar di Klinik Pakar O&G
- Menjaga ibu–ibu hamil (Antenatal)
- Mengendali kelahiran bayi di Hospital
- Menjaga ibu selepas bersalin (Postnatal) dan bayi
- Memberi permulaan imunisasi bayi
- Menjaga awal kehamilan ‘Early Pregnancy Assessment Unit (EPAU)’
- Menjaga wanita yang bermasaalah sakit puan (Ginekologi)
- Memberi perkhidmatan fertility asas
- Memberi perkhidmatan Maternal-Fetal Medicine unit
- Memberi perkhidmatan Gynae-Oncology unit
- Memberi perkhidmatan Uro-Gynaecology unit
- Mengurus perlaksanaan Hospital Rakan Bayi oleh Unit Laktasi
- Memberi perkhidmatan Kluster O&G di Hospital Jasin dan Hospital Alor Gajah

