Unit Dasar Perubatan dan Perancangan Perkhidmatan Klinikal

Unit Dasar Perubatan Dan Perancangan Perkhidmatan Klinikal (Dasar) ditubuhkan pada 7 April 2025 selaras dengan perubahan tadbir urus Hospital Melaka berdasarkan Garis Panduan Struktur Organisasi Dan Tadbir Urus Klinikal (Clinical Governance) Bagi Hospital-Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia dikeluarkan bersama Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Bilangan 5/ 2025 bertarikh 21 Januari 2025.

VISI

Untuk menjadikan Hospital Melaka Pusat Kecemerlangan Serantau yang berupaya memberi rawatan yang prihatin, cekap dan berkesan menerusi budaya kerja berpasukan, profesional dan penyayang serta menggunakan teknologi maklumat terkini.


MISI

Untuk menyediakan rawatan kepakaran yang berkualiti kepada masyarakat melalui semangat berpasukan, profesional dan penyayang. Perkhidmatan ini hendaklah memberi tumpuan kepada pesakit, saksama dan mudah diperolehi oleh semua dengan menggunakan teknologi yang bersesuaian serta personel yang terlatih.

Melaksana dasar, perkembangan fasiliti dan perkhidmatan sedia ada serta baharu.
Merancang perkara berkaitan pembiayaan perubatan termasuk Casemix dan program penyumberluaran ke fasiliti swasta.

Unit Dasar bertanggungjawab dalam penyelarasan, pemantauan dan bertindak sebagai urusetia untuk inisiatif serta program-program seperti dibawah:

  1. Memastikan pelaksanaan dasar dan polisi perubatan bagi pengukuhan dasar dan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang holistik.
  2. Mengurus setia bengkel polisi dan halatuju di peringkat hospital dan kluster. 
  1. Menyelaras dan mengurus perkhidmatan Hospital Kluster Melaka
  2. Membantu menyelaras dan mengurus perkhidmatan Kluster Kesihatan Bersepadu Negeri Melaka bersama JKNM.

Menyelaras dan mengurus perkhidmatan baru yang diarahkan pihak KKM termasuk aspek pengurusan perubahan (change management).

  • Menghadiri mesyuarat perancangan dan tatacara kewangan perkara berkaitan pembiayaan perubatan di peringkat hospital, negeri dan KKM
  • Mengurus setia mesyuarat teknikal dan perancangan perkara berkaitan pembiayaan perubatan di peringkat hospital bersama Unit Kewangan Hospital.
  • Menyediakan, mengumpulkan, menganalisa dan mengunci masuk data kewangan keseluruhan hospital serta menganalisa data kewangan hospital mengikut tahun yang telah ditetapkan oleh IPKKM (Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia) dengan kerjasama Unit Kewanga
  • Menyelaras dan mengurus aspek perancangan perkhidmatan klinikal bagi pembangunan infrastruktur dan fasiliti kesihatan yang kondusif.
  • Menyelaras projek pembangunan fasiliti hospital bersama jawatankuasa peringkat pengurusan hospital.

Mengurus dan menyelaras inisiatif ke arah pemantapan pendigitalan kesihatan berkualiti

  • Jawatankuasa Pendigitalan
  • Jawatankuasa IT
  • Jawatankuasa Dewan Bedah
  • Jawatankuasa Rawatan Harian
  • Mesyuarat Penswastaan
  • Mesyuarat Jawatankuasa Validasi
  • Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan
  • Mesyuarat Jawatankuasa Penyelidikan
  • Mesyuarat Jawatankuasa Latihan
  • Mesyuarat Cluster Medical and Dental Advisory Committee (CMDAC)
  • Mesyuarat Pemandu Halatuju Akreditasi
  • Mesyuarat Jawatankuasa ISO
  1. Dasar Keselamatan dan Kesihatan KKM & Hospital Melaka
  2. Prosedur Kerja Selamat (SOP)
  3. Kod Bencana Dalaman Hospital
  4. Pelan Tindakan Kecemasan (Emergency Response Plan – ERP)
    a) Pelan lantai bangunan/ pelan pengungsian kecemasan
    b) Alat Pemadam Api
    c) Gelang hos pemadam api
    d) Tanda arah KELUAR
    e) Pintu rintangan api sentiasa ditutup
    f) Laluan dan tangga kecemasan
    g)Tempat berkumpul
  5. Pertolongan Cemas ‘First Aid’ / CPR/ FRLS
  6. Prosedur pelaporan kemalangan, kejadian berbahaya, penyakit pekerjaan, keracunan pekerjaan dan aduan keselamatan dan Kesihatan
  7. Alat pelindung diri (PPE) yang sesuai untuk setiap tugasan.
  8. Keselamatan elektrik
  9. Bahan Kimia Berbahaya kepada Kesihatan yang digunakan di tempat kerja
  10. Program Health/ Medical Surveillance yang dijalankan:
    a) Program saringan Kesihatan NHSI/ KOSPEN
    b) Imunisasi Influenzae/Hepatitis
  11. Ergonomik
  12. Pelupusan Sisa Klinikal