
Jabatan Anestesiologi
Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Rapi Hospital Melaka atau lebih dikenali umum sebagai Jabatan Bius merupakan jabatan yang dipertanggungjawabkan untuk menyediakan perkhidmatan anestesia (pembiusan) yang selamat dan penjagaan intensif kepada pesakit dalaman bagi setiap jabatan klinikal di Hospital Melaka. Jabatan ini juga turut bertanggungjawab dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik, paling profesional, berkualiti, adil dan saksama tanpa mengira pangkat dan keturunan kepada pesakit yang memerlukan. Ia juga merangkumi aspek keselesaan paling maksimum kepada pesakit sebelum, semasa dan selepas pembedahan atau semasa pesakit menerima rawatan intensif di Unit Rawatan Rapi “Intensive Care Unit” (ICU Mawar dan ICU Orkid).
VISI
Perkhidmatan yang Cekap, Amanah, Prihatin
MISI
Menjalankan perkhidmatan paling profesional dan berkualiti, adil, dan saksama tanpa mengira darjat bagi memberi keselesaan maksimum kepada pesakit sebelum, selepas, atau semasa pembedahan atau di Unit Rawatan Rapi
Menyediakan perkhidmatan perioperative yang selamat dan efektif kepada pesakit.
Menyediakan perkhidmatan rawatan rapi yang berkualiti bagi pesakit-pesakit kritikal.
Menyediakan perkhidmatan Rawatan Kesakitan (Pain Management Team) yang selamat dan berkesan ke atas pesakit.
Sentiasa mengadakan sesi latihan dan pembelajaran berkala bagi kakitangan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan.
Menyediakan perkhidmatan klinikal secara menyeluruh melibatkan pelbagai disiplin dan mesra pelanggan.
- Klinik Rawatan Kesakitan
- Klinik Anestesiologi
- Unit Rawatan Rapi
- Acute Pain Service (APS)
- Memberi pembiusan kepada pesakit dari setiap disiplin di hospital yang memerlukan pembedahan samada pembedahan elektif (pilihan) atau kecemasan.
- Menyediakan perkhidmatan anestesia (pembiusan) kecemasan dalam tempoh 24 jam.
- Menawarkan perkhidmatan sakit akut (APS) kepada pesakit-pesakit yang memerlukan selepas pembedahan. dimana masa perkhidmatan dilanjutkan bermula jam 7.00 pagi – 9.00 malam.
- Memberi khidmat rawatan rapi (24 jam) kepada pesakit.
- Mengadakan perkhidmatan Klinik Anestesia
- Memberi khidmat ‘Obstetrics Epidural‘untuk pesakit yang menghadapi proses kelahiran (bersalin).
- Menyediakan perkhidmatan Klinik Sakit Kronik (Pain Clinic)
- Perlaksanaan perkhidmatan “Paediatric Anaesthesia”
Jabatan Anestesiology juga terlibat dengan program MSQH Akreditasi hospital. Ia melibatkan skop yang luas termasuk pengurusan dan carta organisasi jabatan, keperluan sumber manusia, fasiliti dan peralatan. Jabatan akan sentiasa memastikan semua urusan yang berkaitan adalah dikekalkan, menepati dan seiring dengan kehendak dan keperluan program MSQH Akreditasi hospital.

