Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental

Jabatan Psikiatri terletak di Bangunan Lama Blok C, Hospital Melaka. Jabatan ini menyediakan rawatan kepakaran kepada pesakit yang mengalami masalah kesihatan mental dan psikiatri, untuk pesakit kanak-kanak dan dewasa

VISIUntuk menjadikan Hospital Melaka Pusat Kecemerlangan Serantau yang berupaya memberi rawatan yang prihatin,cekap dan berkesan menerusi budaya kerja berpasukan, professional dan penyayang serta menggunakan teknologi maklumat yang terkini.
MISIUntuk menyediakan rawatan kepakaran yang berkualiti kepada masyarakat melalui semangat berpasukan, professional dan penyayang.  Perkhidmatan ini hendaklah memberi tumpuan kepada pesakit secara saksama dan mudah diperolehi oleh semua dengan menggunakan teknologi yang bersesuaian serta personel yang terlatih.

Memberi perkhidmatan psikiatri yang menyeluruh, lengkap, berkesan, selamat, selesa serta cekap kepada pesakit luar, pesakit dalam wad dan pesakit dalam rawatan komuniti.

  • Unit Klinik  Psikiatri – Dewasa
  • Unit Klinik Psikiatri – Kanak-kanak dan Remaja
  • Unit Rawatan Dalaman :  Wad C-1 dan Wad C-2
  • Unit Perawatan Komuniti
  • Unit Psikologi Klinikal
  • Unit Saringan Dadah
  • Pusat Kesihatan Mental Masyarakat – Cheng (MENTARI Cheng)
  • Rawatan Pesakit Luar
  • Rawatan Pesakit Dalam Wad (In patient)
  • Rawatan Dalam Komuniti
  • Rawatan penyakit psikiatri dan berkaitan kesihatan mental
  • Penilaian psikologi