
Jabatan Farmasi & Bekalan
LATAR BELAKANG
- Jabatan Farmasi merupakan salah satu perkhidmatan sokongan yang terbesar di dalam Hospital Melaka. Ianya digolongkan di bawah Direktorat Sokongan Klinikal.
- Perkhidmatan Farmasi dibahagikan kepada Farmasi Ambulatori, Farmasi Pesakit Dalam, Farmasi Logistik dan Pusat Informasi & Sumber Farmasi.
VISI DAN MISI
| VISI | Memberi perkhidmatan Farmasi yang terbaik demi kesihatan dan kesejahteraan negara. |
| MISI | Menerajui perkhidmatan Farmasi yang dinamik dengan memberi penekanan pada tahap kewibawaan yang tinggi, kerja berpasukan dan profesionalisma ke arah kecemerlangan sejajar dengan aspirasi dan cabaran negara. |
OBJEKTIF
| Memastikan perolehan ubat dan bukan ubat dilakukan dengan cermat dan mematuhi Tatacara Pengurusan Stor terkini. |
| Memastikan pesakit mendapat bekalan ubat yang betul, mencukupi dan berkualiti dalam masa seperti yang dinyatakan dalam piagam pelanggan. |
| Memastikan pesakit mendapat nasihat pengambilan atau penggunaan ubat ya |
| Memastikan ubat dibekalkan dalam bekas yang sesuai untuk menjamin kestabilan dan keberkesanannya serta dilabel dengan betul dan jelas. |
| Melibatkan diri dan menyumbang dalam rondaan wad serta memastikan penggunaan |
| Memastikan kesan advers dan alahan ubat dilaporkan dan tindakan susulan yang se |
| Memastikan stok ubat-ubat disimpan mengikut keperluan penstoran yang ditetapkan dan rekod-rekod diselenggara mengikut keperluan undang-undang dan peraturan-peraturan |
SUB UNIT DI BAWAH JABATAN
- Farmasi Ambulatori
- Farmasi Klinik Pakar
- Farmasi Kecemasan
- Farmasi ‘Medication Therapy Adherence Clinic’ (MTAC)
- Farmasi Rawatan Terapi Gantian (RTG) Methadone
- Farmasi Pesakit Dalam
- Farmasi Bekalan Wad
- Farmasi Klinikal
- Farmasi Farmakokinetik Klinikal
- Farmasi Pengeluaran Steril dan Bukan Steril
- Farmasi Logistik
- Pusat Informasi dan Sumber Farmasi
SKOP PERKHIDMATAN
Secara keseluruhan, skop perkhidmatan Jabatan Farmasi dan Bekalan Hospital Melaka meliputi:
- Perolehan, penyimpanan dan pembekalan ubat-ubatan, bukan ubat, reagen dan gas perubatan di Hospital Melaka.
- Pembekalan dan penyediaan ubat-ubatan campuran, losyen, salap, krim, ubat mata, telinga dan hidung mengikut tatacara tertentu dan amalan pengilangan yang baik (Practices for the Preparation of Medicines Products in Healthcare Establishment; PE 010-4; 1st March 2014 dan Guides to the Development of Sterile Pharmaceutical Preparations Facilities; Pharmaceutical Services Division; March 2010).
- Memberi perkhidmatan pembekalan ubat-ubatan kepada pesakit luar, pesakit discaj dan pesakit dalam.
- Memberi perkhidmatan Tambah Nilai Farmasi (VAS) bagi preskripsi susulan.
- Memberi perkhidmatan maklumat ubat-ubatan.
- Memberi perkhimatan kaunseling dan pemantauan pesakit di klinik pakar.
- Memberi perkhidmatan Medication Therapy Adherence Clinic(MTAC).
- Menyediakan perkhidmatan farmasi klinikal.
- Memberi perkhidmatan Nutrisi Parenteral (Total Parenteral Nutrition, TPN).
- Memberi perkhidmatan Farmakokinetik Klinikal (Therapeutic Drug Monitoring, TDM).
- Memberi perkhidmatan rekonstitusi ubat sitotoksik (Cytotoxic Drug Reconstitution, CDR).
- Memberi perkhidmatan rawatan terapi gantian methadone (RTGM).
PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN
- Perkhidmatan Tambah Nilai Farmasi (VAS)Pesakit boleh mendapatkan baki bekalan ubat susulan dengan cepat dan mudah dengan mendaftar untuk menggunakan PerkhidmatanTambah Nilai Farmasi (VAS):
- Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB)
- Kad Temujanji (KT)
- Locker For You (L4U)
- Farmasi Pandu Lalu (Drive-Thru)
- Ubat Melalui Pos 1Malaysia (UMP1M)
06-2892443 (Farmasi Satelit 5)
06-2892586/2590 (Farmasi Klinik Pakar) - Pusat Informasi dan Sumber FarmasiPesakit boleh mendapatkan khidmat nasihat ubat-ubatan dan maklumat ubat-ubatan terus daripada Pegawai Farmasi dengan menghubungi Pusat Informasi dan Sumber Manusia.Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pegawai Farmasi di talian:
06-2892583 (Pusat Informasi dan Sumber Farmasi)Waktu operasi: 8.00 pagi – 5.00 petang (Waktu Pejabat) - Perkhidmatan Farmasi KlinikalPerkhidmatan Farmasi Klinikal menawarkan khidmat pemantauan pesakit di dalam wad oleh Pegawai Farmasi. Pemantauan yang dilakukan adalah merangkumi therapeutic drug monitoring, kaunseling ubat-ubatan dan pendispensan ubatan kepada pesakit discaj. Pegawai Farmasi klinikal ditempatkan di wad-wad hospital di mana mereka terlibat dalam ward round bersama-sama pasukan perubatan yang lain. Pegawai Farmasi klinikal bertanggungjawab memastikan rawatan pesakit di wad adalah pada tahap optima, memastikan keadaan pesakit stabil, memberikan kaunseling kepada para pesakit di wad bagi memastikan penggunaan ubat yang betul dan berkesan
- Perkhidmatan Penyediaan Nutrisi Parenteral (TPN)Nutrisi intravena atau ubat-ubatan steril disediakan dengan menggunakan teknik aseptik. Persediaan dijalankan oleh pengendali terlatih bagi memastikan semua produk akhir adalah steril. Pegawai Farmasi juga terlibat dalam pemantauan berterusan semua pesakit yang menerima TPN di hospital.
- Perkhidmatan Rekonstitusi Ubat Sitotoksik (CDR)Ubat-ubat sitotoksik disediakan dengan cara yang selamat dan berkesan serta siap untuk diguna di wad. Sediaan ini merupakan komponen yang penting di dalam rawatan pesakit kanser.Penyediaan ubat sitotoksik dijalankan oleh pegawai yang terlatih dalam kawasan khas dan terkawal dengan peralatan yang sesuai bagi mengelakkan pendedahan kepada ubat tersebut.
- Perkhidmatan Rawatan Terapi Gantian (RTG) Methadone Rawatan Terapi Gantian (RTG) dengan methadone adalah salah satu kaedah program “Harm Reduction” untuk pengguna opiat.. RTG methadone adalah pemberian ubat preskripsi (sirap Methadone) di bawah pengawasan Pegawai Perubatan. Rawatan methadone akan mengurangkan atau menghilangkan tindak balas heroin dalam badan.
AKREDITASI
- Pencapaian TERBAIK dalam Pematuhan Audit Dalam Amalan Farmasi (ADAF) Peringkat Hospital bagi Tahun 2019
Farmasi Tambah Nilai
Farmasi Pandu Lalu

Perkhidmatan yang ditawarkan kepada pesakit iaitu mengambil ubat secara pandu lalu (drive through). di Farmasi Satelit 5 iaitu berhampiran dengan Klinik Ortopedik. Pelanggan hendaklah memilih Pintu Masuk 2 Hospital Melaka.
SYARAT-SYARAT:
Pesakit
- Memahami cara penggunaan ubat
- Stabil
- Perlu mendaftar di kaunter farmasi
- Bersetuju mengambil ubat pada tarikh yang ditetapkan*
Preskripsi
- Semua jenis ubat
- Tempoh bekalan melebihi sebulan
*Pelanggan akan digugurkan sekiranya tidak mematuhi tarikh temujanji (tanpa makluman kepada pihak farmasi) sebanyak 3 kali.
Faedah Farmasi Pandu Lalu
- Cepat
- Pelanggan terus dapatkan ubat di kaunter farmasi pandu lalu
- Tiada masalah meletakkan kenderaan
Waktu Operasi Farmasi Pandu Lalu
Waktu Operasi : Isnin – Jumaat (7.30 pagi – 5.00 petang)
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Jabatan Farmasi Hospital Melaka,
Jalan Mufti Haji Khalil,
75400 Melaka.
06-2892443 (Farmasi Satelit 5)
06-2892586/2590 (Farmasi Klinik Pakar)
Farmasi SPUB

Apa itu SPUB?
Perkhidmatan yang ditawarkan kepada pesakit untuk mendapatkan bekalan ubat susulan dari hospital/klinik kesihatan KKM mengikut pilihan pesakit.
Faedah SPUB
Mudah dan mengurangkan kos perjalanan.
SYARAT-SYARAT:
Pesakit
- Memahami cara penggunaan ubat
- Stabil
- Perlu mendaftar di kaunter farmasi
- Bersetuju mengambil ubat pada tarikh yang ditetapkan
Preskripsi
- Semua jenis ubat
- Tempoh bekalan melebihi sebulan
Ubat Melalui Pos 1Malaysia
Apa itu UMP 1Malaysia?
Perkhidmatan Ubat Melalui Pos (UMP) 1 Malaysia ialah perkhidmatan pembekalan ubat susulan melalui Pos Laju ke lokasi pilihan pelanggan (rumah atau pejabat) di seluruh Malaysia.
Faedah UMP 1Malaysia
- Ubat dihantar terus ke lokasi pilihan
- Jaminan kesinambungan bekalan ubat
- Selesaikan masalah kesuntukan masa
- Jimat kos perjalanan
- Tiada masalah meletakkan kenderaan
SYARAT-SYARAT:
Pesakit
- Perlu mendaftar di kaunter farmasi
- Patuh dan faham terapi pengubatan
- Memahami cara penggunaan ubat
- Stabil
- Bersetuju untuk menanggung caj kiriman*
Ubat
- Bentuk dos jenis tablet/kapsul SAHAJA yang tidak sensitif kepada perubahan suhu dan kelembapan
- Bukan jenis ubat psikotropik
- Tidak memerlukan penyimpanan khas (seperti Insulin)
- Tempoh melebihi sebulan
Kadar UMP 1 Malaysia
*Caj kiriman melalui Pos Laju ke seluruh Malaysia:
| Bil. | Kawasan Penghantaran | Caj(RM) | ||
| Dari kawasan | Ke kawasan | <=500gm | Tambah 500gm | |
| 1 | Semenanjung Malaysia | Semenanjung Malaysia | 5.30 | 6.35 |
| 2 | Semenanjung Malaysia | Sabah Sarawak | 8.50 | 10.60 |
Kad Temujanji Farmasi
“PERKHIDMATAN INI DITANGGUHKAN SEPANJANG PANDEMIK COVID-19”
Locker For You (L4U)
Sistem pendispensan di mana pesakit boleh menggunakan kad temujanji L4U untuk memaklumkan bagi mendapatkan bekalan ubat susulan pesakit di kaunter farmasi.
Faedah Perkhidmatan kad Temujanji L4U
- Cepat TANPA beratur mengambil nombor giliran di kaunter farmasi.
- Boleh mendapatkan ubat selepas Waktu Pejabat
SYARAT-SYARAT:
Pesakit
- Memahami cara penggunaan ubat
- Stabil
- Perlu mendaftar di kaunter farmasi
- Bersetuju mengambil ubat pada tarikh yang ditetapkan*
Preskripsi
- Semua jenis ubat (kecuali ubat peti sejuk yang dikawal penggunaan seperti sc pegasys)
- Tempoh bekalan melebihi sebulan
* Pelanggan akan digugurkan sekiranya tidak mematuhi tarikh temujanji (tanpa makluman kepada pihak farmasi) sebanyak 3 kali.
Waktu Operasi
Setiap hari : 24 jam

