
Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC)
VISI DAN MISI
| VISI | Untuk menjadi organisasi penyelidikan klinikal terunggul di Asia. |
| MISI | Untuk meningkatkan kesihatan pesakit melalui penyelidikan klinikal yang beretika dan berkualiti. |
OBJEKTIF
| Untuk mempertingkatkan aktiviti penyelidikan klinikal di hospital dengan mewujudkan suasana serta menyediakan kemudahan bagi menyokong aktiviti penyelidikan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia. |
SKOP PERKHIDMATAN
- Menyokong dan memudahcara aktiviti-aktiviti penyelidikan di hospital dengan menyediakan:
- Pangkalan data bagi para Pakar Perubatan yang berminat dengan penyelidikan, – menurut bidang yang di minati, rekod-rekod mengenai Penyelidikan Tajaan Industri (ISR), Penyelidikan Inisiatif Penyelidik (IIR) dan hasil-hasil penerbitan;
- Sokongan teknikal seperti analisis statistik;
- Sokongan pentadbiran seperti menyediakan pembantu penyelidik dan penyelaras penyelidikan;
- Sokongan fasiliti seperti IT, pengisian statistic dan sepertinya; dan terminal bekerja berkomputer
- Untuk membantu pendaftaran protokol penyelidikan di NMRR (National Medical Research Register) dan memohon geran untuk penyelidikan.
- Untuk mengambil bahagian dalam penyelidikan-penyelidikan klinikal dan segala penyelidikan yang dimulakan atau yang dikoordinasi oleh Institut Penyelidikan Klinikal.
- Mempromosi penyelidikan dengan membina kapasiti-kapasiti tersebut:
- Mengadakan kursus-kursus seperti Good Clinical Practice (GCP), Good Research Practice (GRP), Research Methodology and Biostatistics;
- Mengadakan Continuous Professional Development (CPD) secara berterusan;
- Menjalankan klinik penyelidikan- mengadakan konsultansi mengenai metodologi penyelidikan, reka bentuk penyelidikan, protokol dan analisa statistik;
- Mengadakan program mentor kepada para pakar perubatan dan pengamal perubatan yang berminat dengan penyelidikan.
PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN
- Penyelidikan
- Menjalankan penyelidikan termasuk Investigator Initiated Research (IIR) atau Industry Sponsored Research (ISR)
- Menyokong Industry Sponsored Research (ISR) bersama Clinical Research Malaysia
- Menyokong penyelidikan yang dijalankan di fasiliti-fasiliti KKM
- Memantau penyelidikan yang dijalankan di fasiliti-fasiliti KKM
- Menyemak protokol penyelidikan bagi permohonan kelulusan etika untuk menjalankan penyelidikan
- Membantu dalam penyebaran atau penerbitan hasil penyelidikan
- Konsultasi
- Memberi khidmat konsultasi penyelidikan dalam penulisan protokol dan penerbitan saintifik
- Membimbing dalam proses permohonan geran penyelidikan
- Membimbing dalam proses penyediaan perjanjian projek penyelidikan
- Latihan
- Menganjur latihan berkaitan penyelidikan untuk staf KKM
- Menganjurkan latihan dalaman untuk staf CRC
- Pentadbiran
- Menyediakanlaporan-laporan berkaitan penyelidikan
- Menguruskan peruntukan kewangan, sumber manusia dan fasiliti CRC
- Menjadi secretariat kepada Jawatankuasa Penyelidikan Negeri
KURSUS-KURSUS ANJURAN CRC
Senarai kursus anjuran CRC–> https://www.crc.gov.my/crc-training-schedule/

