Unit Pengurusan Risiko & Survelan Klinikal

Unit Kualiti dahulunya dikenali sebagai Unit Kualiti dan Penyelidikan (UKP) telah ditubuhkan pada 1 September 2002. Pada tahun 2010, unit ini telah ditukar kepada Unit Inovasi dan kemudiannya diberi penjenamaan semula kepada Unit Kualiti Hospital Melaka pada tahun 2018. Perubahan ini adalah sejajar dengan perkembangan dan penambahan skop perkhidmatan dan fungsi Unit Kualiti di peringkat hospital mahupun kebangsaan. Unit ini dahulunya terletak di Tingkat 2, Blok B dan kemudiannya telah ditempatkan di Tingkat 1, Blok Pentadbiran Hospital Melaka sejak 2 Januari 2013 sehingga kini.

VISI  
  
Menjadi unit yang cemerlang serta berdaya saing dalam melaksanakan program peningkatan kualiti yang efektif dan efisien selaras dengan perubahan persekitaran yang dinamik.
MISI  Misi kami adalah untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan perawatan pesakit bersama seluruh warga kerja Hospital Melaka dengan penggunaan teknologi maklumat terkini melalui semangat kerja berpasukan dan professionalisme.

Memastikan program peningkatan kualiti di peringkat hospital berjalan dengan teratur dan seiring dengan keperluan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Memastikan pengawalan dan penyeragaman maklumat klinikal dan bukan klinikal dalam usaha untuk mencapai piawaian penjagaan pesakit yang optima.

  • Unit Kluster
  • Unit Casemix

 

Unit Kualiti bertanggungjawab dalam penyelarasan, pemantauan dan bertindak sebagai urusetia untuk inisiatif serta program-program seperti dibawah:

  • Akreditasi MSQH 5th Edition
  • MS ISO 9001:2015
  • Hospital Kluster
  • Casemix
  • Lean Healthcare Initiative
  • Pain Free Hospital
  • Hospital Performance Indicators for Accountability (HPIA)
  • Key Performance Indicators (KPI)
  • Patient Safety
    • Patient Safety Awareness for House Officers
  • Quality Assurance (QA) Program
  • Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK)
  • Inovasi
  • Jawatankuasa Laporan Insiden
  • Jawatankuasa Mortality & Morbidity
  • Jawatankuasa Resusitasi
  • Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah
  • Penyelarasan dokumen-dokumen terkawal seperti polisi, prosedur kualiti dan lain-lain.