Pusat Rawatan Harian

Pusat Rawatan Harian mula beroperasi pada Julai 1999 sehingga kini. Lokasinya adalah  di Aras 1 berdekatan dengan Lobi Utama, Hospital Melaka. Pada masa ini, Pusat Rawatan Harian mempunyai kemudahan 2 bilik Dewan Bedah, 2 bilik untuk Endoskopi (upper and lower endoscopy) serta 3 bilik Prosedur.  2 kubikel wad (dewasa) dengan 9 katil, manakala 1 kubikel dengan 8 katil untuk kes pediatrik.

VISI

Untuk menjadikan Hospital Melaka Pusat Kecemerlangan Serantau yang berupaya memberi rawatan yang prihatin, cekap dan berkesan menerusi budaya kerja berpasukan, profesional dan penyayang serta menggunakan teknologi maklumat terkini.

MISI

Untuk menyediakan rawatan kepakaran yang berkualiti kepada masyarakat melalui semangat berpasukan, professional dan penyayang. Perkhidmatan ini hendaklah memberi tumpuan kepada pesakit, saksama dan mudah diperolehi oleh semua dengan menggunakan teknologi yang bersesuaian serta personel yang terlatih.

Menyediakan perkhidmatan rawatan harian kepada pesakit dengan mesra pelanggan, cekap dan berkesan dalam suasana kekeluargaan.
Mengurangkan masa menunggu pesakit untuk menjalani pelbagai prosedur perubatan dan pembedahan.
Mengurangkan beban Perkhidmatan Pesakit Dalam.
Meningkatkan kepuasan pelanggan serta memudahkan pesakit mendapatkan perkhidmatan di hospital.
Mengurangkan risiko jangkitan nosokomial.

Pusat Rawatan Harian merupakan unit yang beroperasi dengan multidisiplin seperti Perubatan dan Pembedahan. Pengurusan Pusat Rawatan Harian adalah di bawah Pengerusi yang dilantik oleh Pengarah Hospital Melaka.

  • Perkhidmatan/Unit Kaunter
    Unit ini merupakan pusat aktiviti yang menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan seperti berikut:
    • Penerimaan dan pendaftaran pesakit
    • Caj rawatan pesakit mengikut prosedur sebelum pesakit menjalani prosedur rawatan yang telah dijadualkan
    • Penetapan tarikh temujanji prosedur
  • Perkhidmatan/Unit Endoskopi
  • Perkhidmatan/Unit Pediatrik
  • Perkhidmatan/Wad Pemulihan & Onkologi
  • Perkhidmatan Unit Oftalmologi Rawatan Harian
  • Perkhidmatan Dewan Bedah Rawatan Harian

Perkhidmatan yang ditawarkan adalah multidisiplin untuk pesakit kanak-kanak dan dewasa termasuk perubatan dan pembedahan