
Jabatan Oftalmologi
Jabatan Oftalmologi Hospital Melaka merupakan pusat rujukan setempat (Regional Referral Center) bagi seluruh daerah Negeri Melaka dan juga dari kawasan yang berhampiran seperti kawasan selatan Negeri Sembilan, kawasan utara Negeri Johor dan juga sebahagian dari kawasan barat Negeri Pahang.
Jabatan Oftalmologi, Hospital Melaka menyediakan perkhidmatan perawatan Oftalmologi bagi kes-kes akut dan kronik. Ini termasuk perkhidmatan pesakit luar, pesakit dalam, pembedahan elektif secara pesakit dalam dan bedah harian dan juga pembedahan kecemasan. Jabatan ini juga menjalankan tugas atas panggilan secara aktif dan pasif. Selain dari itu, jabatan juga menyediakan perkhidmatan optometri kepada pesakit-pesakit.
Hospital Melaka juga telah dikenalpasti sebagai pusat pengajaran bagi pegawai perubatan lepasan ijazah (Master in Ophthalmology) dan sehingga kini telah berjaya menghasilkan ramai Pakar Oftalmologi yang sekarang ini telah pun berkhidmat di beberapa hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Ada juga di antara mereka telah berjaya melanjutkan pelajaran ke bidang latihan subkepakaran. Jabatan Oftalmologi ini juga telah dikenalpasti sebagai pusat latihan klinikal bagi Melaka Manipal Medical College dan juga sebagai pusat untuk elective posting bagi Sarjana Oftalmologi, Universiti Kebangsaaan Malaysia (UKM).
VISI
Melaka menjadi sebuah negeri dengan rakyatnya yang sihat melalui satu sistem perkhidmatan kesihatan yang efisien, prihatin, seimbang dan mampu dinikmati oleh semua lapisan masyarakat bagi menghadapi cabaran negara maju.
MISI
Untuk membimbing dan mendahului ke arah mencapai satu sistem rawatan kesihatan yang optima melalui perkhidmatan, penggalakkan dan pemulihan yang berkesan demi meningkatkan mutu kehidupan rakyat negeri Melaka.
| Memberikan perkhidmatan kepakaran oftalmologi yang berkualiti dan berkesan kepada semua pesakit yang memerlukan perkhidmatan kami. |
| Memastikan kakitangan di Jabatan Oftalmologi mengikuti pelajaran perubatan yang berterusan di samping menyediakan perkhidmatan pengajaran. |
| Menjalankan penyelidikan dan audit perubatan untuk mengekalkan perawatan oftalmologi yang berkualiti ke arah memenuhi kepuasan pelanggan. |
- Klinik Vitreoretina ( Resident Specialist)
- Klinik Medical Retina (Visiting Specialist)
- Memberikan perkhidmatan diagnostik dan rawatan kepada pesakit luar
- Memberi perkhidmatan untuk kes-kes rujukan baru, rawatan susulan dan kes- kes kecemasan
- Klinik pakar pesakit luar akan beroperasi semasa waktu pejabat mengikut jadual yang telah ditetapkan.
- Kes–kes kecemasan akan dirawat oleh doktor yang bertugas atas panggilan. Memberikan perkhidmatan diagnostik dan rawatan kepada pesakit kecemasan.
- Klinik kecemasan/kes baru Oftalmologi beroperasi semasa waktu pejabat mengikut jadual yang telah ditetapkan.
- Kes –kes kecemasan akan dirawat oleh doktor yang bertugas atas panggilan (Yellow/Red) zone.
- Memberikan perkhidmatan pembedahan termasuk pembedahan major, minor dan kecemasan
- Memberikan perkhidmatan pembedahan samada secara bius keseluruhan atau bius setempat
- Kes kecemasan akan dikendalikan oleh doktor yang bertugas atas panggilan.
- Memberikan perkhidmatan diagnostik dan rawatan kepada pesakit yang memerlukan rawatan kecemasan yang dirujuk samada dari Jabatan Kecemasan atau pun dari wad-wad lain.
- Tugas atas panggilan beroperasi sepanjang hari mengikut jadual yang telah ditetapkan.
- Memberi latihan kepada kakitangan baru dalam pelbagai aspek, sama ada aspek teknikal, kemanusiaan dan persekitaran.
- Kakitangan baru yang melaporkan diri akan menjalani satu program orientasi agar mereka dapat menyesuaikan diri di tempat kerja baru dan mendapat maklumat sebanyak mungkin tentang organisasi baharu oleh Penolong Pegawai Perubatan yang menjaga Klinik Mata.
- Penerangan berkenaan asas isu keselamatan dan kesihatan pekerja diberikan
- Memberi kerjasama dengan unit keselamatan dan kesihatan pekerja
- Penilaian prestasi untuk menentukan keberkesanan dan kelemahan kakitangan baharu.
- Memperuntukkan kemudahan untuk menilai, mendiagnosa, merawat, penjagaan kejururawatan, intervensi pembedahan dan rehabilitasi untuk pesakit.
- Memperuntukkan pendidikkan kesihatan dan kaunseling kepada semua pesakit
- Perkhidmatan yang disediakan adalah 24 jam sehari.

