
Jabatan Pembedahan
Jabatan Pembedahan Hospital Melaka merupakan salah satu jabatan yang penting dan besar di Hospital Melaka. Jabatan Pembedahan Am telah diwujudkan sejak tertubuhnya Hospital Melaka pada 12hb Februari 1934 dan beroperasi serta berkembang pesat. Selepas pandemic Covid, jabatan ini mendapat penambahan perkhidmatan lima subkepakaran, iaitu pembedahan hepatobiliari, kolorektal, payudara dan endokrin, pembedahan kanak-kanak, dan pembedahan saraf. Kemajuan dalam bidang pembedahan merangkumi pembedahan secara minimally invasive atau laparoskopi untuk kebanyakan kes pembedahan minor, major dan kompleks.
Untuk perkhidmatan bidang subkepakaran yang tidak disediakan oleh jabatan ini, pesakit dirujuk ke hospital tertiari yang mempunyai subkepakaran tersebut seperti kes upper GI, vascular, thoracic dan urologi. Perkhidmatan subkepakaran urologi juga dijalankan secara lawatan pakar berjadual setiap bulan.
Rawatan dan pembedahan yang diberi melingkungi kes-kes elektif dan kecemasan. Kes yang dirujuk kepada Jabatan Pembedahan termasuk kes barah dan kes bukan barah. Rawatan yang diberi termasuk mengoptimalkan kesihatan pesakit sebelum pembedahan dan penjagaan susulan selepas pembedahan.
Konsep Hospital Kluster Melaka membantu mengurangkan beban kerja di Hospital Melaka. Kes yang kurang rumit dihantar ke Hospital Non-lead untuk menjalankan pembedahan termasuk kes payudara, endokrin,kolorektal dan pembedahan kanak kanak; manakala kes pembedahan yang kompleks dibedah di Hospital Melaka.
VISI
Mewujudkan perkhidmatan yang unggul berteraskan budaya kerja berpasukan, penggunaan teknologi terkini yang bersesuaian dan pelbagai tenaga pakar yang berkemahiran tinggi.
MISI
Kami dari Jabatan Pembedahan komited menentukan bahawa setiap anggota hendaklah sentiasa memberi perkhidmatan secara profesional dan mengekalkan taraf kecemerlangan prestasi.
| Mengutamakan pelanggan serta menggunakan tenaga secara optima untuk menghasilkan kualiti kerja yang bermotivasi, profesional, inovatif dan terlatih selaras dengan polisi Jabatan Pembedahan. |
| Memastikan setiap pelanggan mendapat rawatan berkualiti dan untuk membolehkan organisasi dijadualkan mengikut cara temujanji dengan itu dapat mengurangkan masa menunggu. |
| Perkhidmatan Rawatan Pesakit Luar | |
| Klinik-Klinik Pakar | Klinik Pakar Pembedahan Am (SOPD)Klinik Pakar Hepatobiliari (SOPD)Klinik Pakar Kolorektal (SOPD)Klinik Payudara (KPD)Klinik PRC (Pink Ribbon Clinic, KPD) Klinik Pakar Pembedahan Saraf (Neurosurgeri Clinic, SOPD) Klinik Pakar Pembedahan Kanak-kanak (Paediatrik Surgeri Clinic, SOPD) Klinik Pakar Lawatan Pakar Urologi Hospital Kuala Lumpur (SOPD)Klinik Pakar Onkologi & Lawatan Pakar Onkologi Institut Kanser Negara (Lokasi: Hospital Alor Gajah dan KPD) |
| Pusat Rawatan Harian | Pembedahan Elektif (cystoscopy dan kes LA)Rawatan & Prosedur Pesakit LuarRawatan Chemotherapy Pesakit LuarERCP & Endoskopi Pesakit Luar |
| Perkhidmatan Rawatan Pesakit Dalam | |
| Rawatan Kes Akut Surgikal Elektif & KecemasanRawatan DiagnosticRawatan ERCP pesakit dalamRawatan chemotheraphy pesakit dalamPerkhidmatan Pembedahan Elektif & Kecemasan Pakar Pembedahan AmPerkhidmatan Pembedahan Elektif & Kecemasan KolorektalPerkhidmatan Pembedahan Elektif & Kecemasan HepatobiliariPerkhidmatan Pembedahan Elektif & Kecemasan Payudara dan EndokrinPerkhidmatan Pembedahan Elektif & Kecemasan Pembedahan SarafPerkhidmatan Pembedahan Elektif & Kecemasan Pembedahan kanak-kanakPerkhidmatan Pembedahan Elektif & Kecemasan Urologi (Lawatan bulanan) | |
| Perkhidmatan Hospital Kluster | |
| Hospital Jasin | Klinik Pakar Pembedahan Am Pesakit Luar (SOPD) Hospital JasinPembedahan Elektif dan KecemasanPembedahan minor Rawatan HarianPembedahan Kes subkepakaran Payudara dan KolorektalEndoskopi pesakit dalam dan pesakit luarWad Multidisiplin |
| Hospital Alor Gajah | Klinik Pakar Pembedahan kanak-kanakPerkhidmatan Pembedahan Elektif Pembedahan kanak-kanakKlinik Pakar Onkologi & Lawatan Pakar Onkologi dari Institut Kanser Negara |

