Jabatan Bedah Mulut & Maksilofasial

POLISI OPERASI: PERKHIDMATAN PESAKIT LUAR

Hospital Melaka dibina pada awal 1930an dengan kos binaan dari Straits Settlement berjumlah $2.5 juta dan telah dirasmikan oleh Sir Cecil Clementi, Gabenor Negeri negeri Selat pada 12 Februari 1934. Majlis Perasmian turut dihadiri oleh Andrew Caldecott (British Colonial Secretary), Major General Lewin (Commanding Officer), Dr R.D. Fitzgerald (Director of Medical Treatment and Health), M.W. Millington (Resident Counselor) dan tetamu kehormat termasuk 700 rakyat Melaka. Bangunan Baru Hospital Melaka telah dirasmikan oleh Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 9 Ogos 1999.

Jabatan Bedah Mulut & Maksilofasial ini pada mulanya dikenali sebagai Klinik Aneka Pergigian sejak ia mula beroperasi seawal tahun 1930-an di Blok Lama Hospital Melaka. Klinik ini telah berpindah ke Tingkat 2, Kompleks Pakar, Blok Bangunan Tambahan Hospital Melaka pada bulan Julai 1999 dan berfungsi sebagai pusat rujukan kes-kes pergigian dan pembedahan mulut.

VISI

Malaysia akan wujud sebagai sebuah Negara yang terdiri daripada individu, keluarga dan masyarakat yang sihat melalui system kesihatan yang adil dan saksama, mampu diperolehi, efisien, berteknologi sesuai, berupaya mengikut persekitaran serta serasi pelanggan, dengan mengutamakan kualiti, inovasi, peningkatan taraf kesihatan serta menghormati martabat insan disamping menggalakkan tanggungjawab individu dan penyertaan ke arah peningkatan kualiti hidup.

MISI

Untuk memberi perkhidmatan pergigian kepada rakyat negeri Melaka supaya mencapai dan mempertahankan tahap kesihatan mulut yang optima di kalangan individu, keluarga dan masyarakat melalui usaha- usaha menggalaktabiat kesihatan yang positif dan memastikan perkhidmatan pergigian yang berkualiti dan berteknologi sesuai.

Memberi perkhidmatan kepakaran yang berkualiti kepada pesakit rujukan serta perkhidmatan yang perihatin.

Memberikan perkhidmatan kecemasan dan trauma (24 jam) yang berkesan serta efektif disamping member layanan perihatin dan perkhidmataan berkualiti kepada pesakit dalaman (inpatient).

Menggalakkan setiap petugas menerima latihan dan pendidikan lanjutan yang berterusan.

Menggalakkan kajian dan audit untuk mengekalkan perkhidmatan berkualiti serta perihatin.

HARI/ MASA8:00 PG – 1:00 PTG1:00 PTG – 2:00 PTG2:00 PTG – 5:00 PTG
ISNINKES RUJUKAN, TEMUJANJI & KES KECEMASAN
KLUSTER HOSPITAL JASIN (SETIAP MINGGU)
REHAT  KES RUJUKAN, TEMUJANJI & KES KECEMASAN
SELASAHARI PEMBEDAHAN BIUS AM & KES PEMBEDAHAN KECIL SECARA BIUS SETEMPAT & KES KECEMASANHARI PEMBEDAHAN BIUS AM & KES PEMBEDAHAN KECIL SECARA BIUS SETEMPAT & KES KECEMASAN, KES TEMUJANJI
RABUKES RUJUKAN, TEMUJANJI & KES KECEMASANCDE: PERBINCANGAN KES PRA PEMBEDAHAN DAN PEMBENTANGAN KES 
KHAMISKES RUJUKAN, TEMUJANJI & KES KECEMASAN KES RUJUKAN, TEMUJANJI & KES KECEMASAN 
JUMAAT 8:00 PG – 12:15 PTG 12:15 PTG – 2:45 PTG2:45 PTG – 5:00 PTG
HARI PEMBEDAHAN BIUS AM & KES PEMBEDAHAN KECIL SECARA BIUS SETEMPAT & KES KECEMASANREHATKES KECEMASAN/CDE
  • Klinik beroperasi pada waktu pejabat bermula pada 8:00 pagi hingga 5:00 petang pada setiap hari Isnin hingga Jumaat sahaja.
  • Waktu rehat adalah pada pukul 1 tengah hari – 2 petang kecuali pada hari Jumaat (12:15 tengah hari – 2:45 petang).