Ubat Melalui Pos 1Malaysia

Apa itu UMP 1Malaysia?

Perkhidmatan Ubat Melalui Pos (UMP) 1 Malaysia ialah perkhidmatan pembekalan ubat susulan melalui Pos Laju ke lokasi pilihan pelanggan (rumah atau pejabat) di seluruh Malaysia.

  • Ubat dihantar terus ke lokasi pilihan
  • Jaminan kesinambungan bekalan ubat
  • Selesaikan masalah kesuntukan masa
  • Jimat kos perjalanan
  • Tiada masalah meletakkan kenderaan

Pesakit

  1. Perlu mendaftar di kaunter farmasi
  2. Patuh dan faham terapi pengubatan
  3. Memahami cara penggunaan ubat
  4. Stabil
  5. Bersetuju untuk menanggung caj kiriman*

Ubat

  1. Bentuk dos jenis tablet/kapsul SAHAJA yang tidak sensitif kepada perubahan suhu dan kelembapan
  2. Bukan jenis ubat psikotropik
  3. Tidak memerlukan penyimpanan khas (seperti Insulin)
  4. Tempoh melebihi sebulan

*Caj kiriman melalui Pos Laju ke seluruh Malaysia:

BilKawasan PenghantaranCaj(RM)
Dari kawasanKe kawasan<=500gmTambah 500gm
1.Semenanjung MalaysiaSemenanjung Malaysia5.306.35
2.Semenanjung MalaysiaSabah Sarawak8.5010.60