The Official Website of
 HOSPITAL JASIN
Jalan Utama 77000 Jasin Melaka Ι Tel : 06-5294262 Ι Fax : 06-5295262
 

Soalan Lazim

Umum

Umum adalah soalan-soalan lazim yang berkaitan dengan perkhidmatan Hospital Jasin secara umum.
1. Bilakah waktu melawat di Hospital Jasin?
Waktu Operasi (Pejabat)
Isnin-Jumaat:
08:00 pg - 05:00 ptg
Unit Kecemasan:
Dibuka 24 jam

Klinikal

Klinikal adalah soalan-soalan lazim yang berkaitan perkhidmatan di Hospital Jasin secara khusus seperti persoalan di Wad, Dewan Bersalin dan Klinik Pakar.
1. Kenapa tidak dibenarkan dua (2) orang waris menjaga pesakit?
Setiap pesakit hanya dibenarkan seorang sahaja waris perempuan yang menjaga supaya tidak menggangu prosedur perawatan terhadap pesakit dan privasi pesakit lain.

Rehabilitasi

Unit Rehabilitasi terdiri daripada dua unit kecil iaitu Fisioterapi dan Pemulihan Cara Kerja.
1. Apakah perkhidmatan yang diberikan oleh Unit Rehabilitasi?
Di bawah Unit Rehabilitasi terdiri daripada dua unit kecil iaitu Fisioterapi dan Pemulihan Cara Kerja. Perkhidmatan Fisioterapi memfokuskan kepada pemulihan kefungsian fizikal pesakit. Manakala Perkhidmatan Pemulihan Cara Kerja adalah memfokuskan kepada pemulihan kefungsian aktiviti harian, pekerjaan dan riadah. Objektif kedua-dua unit adalah memastikan pesakit dapat mencapai kefungsian pemulihan yang optima serta meningkatkan kualiti hidup pesakit.

Farmasi

Unit Rehabilitasi terdiri daripada dua unit kecil iaitu Fisioterapi dan Pemulihan Cara Kerja.
1. Mengapa ubat dibekal separa iaitu secara bulanan, bukan sekaligus mengikut tempoh yang ditulis di dalam preskripsi?

Kementerian kesihatan Malaysia menetapkan polisi pembekalan separa pada tahun 2016.

Ini adalah bagi menjamin kualiti ubat yang disimpan di rumah, memudahkan pemantauan kejadian kesan sampingan yang tidak diingini, memastikan kepatuhan pesakit terhadap pengambilan ubat, mengelakkan pembaziran serta mengurangkan risiko berlakunya kesilapan pengubatan akibat stok ubat berlebihan yang boleh disalahguna oleh orang lain.

Pesakit perlu datang  mengambil bekalan susulan sehingga tamat tempoh seperti ditulis di alam preskripsi.

Contact Us

Address :: Hospital Jasin
Jalan Utama, 77000
Jasin, Melaka
GPS :: 2.304673, 102.429808
Telephone Num :: 06-5294262
Faks Num :: 06-5295262
Email :: hjasin[@]moh.gov.my

Downloads

  List Of Forms
  Infection Control Information
  Hospital Jasin Laboratory Handbook
  (3rd Virtual Edition, Rev 2)
  Pharmacy's Bulletin
  eZ-Pamphlets (Digital Pamphlets)

 

Visitor Statistics

Today 152

Yesterday 496

Week 797

Month 2408

All 199656

  • Last Modified: Friday 05 June 2026, 10:14:42.