The Official Website of
 HOSPITAL JASIN
Jalan Utama 77000 Jasin Melaka Ι Tel : 06-5294262 Ι Fax : 06-5295262
 

LAWATAN MPIS HAG KE HJ

Hospital Jasin | 3 Mac 2026 - Pihak Core Team MPIS Hospital Alor Gajah telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Hospital Jasin yang bertujuan untuk mempelajari dan berkongsi ilmu di dalam pengoperasian MPIS bagi modul Patologi. Lawatan ini diketuai oleh Dr Saiful Jalal bin Mohamed Yusoff, Ketua Unit Dasar Perubatan & Perancangan Perkhidmatan Klinikal, Hospital Alor Gajah. Turut serta adalah Ketua-Ketua Unit Patologi, Klinik Pakar, Hemodialisis/Medikal, Kecemasan dan Teknologi Maklumat, Hospital Alor Gajah.

 
Taklimat MPIS telah disampaikan oleh Champion MPIS Hospital Jasin iaitu Dr Muhammad Yadiy bin Abdullah dan seterusnya delegasi di bawa melawat ke beberapa lokasi MPIS bagi melihat pelaksanaan modul Patologi di lapangan. Semoga perkongsian ini akan dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan pendigitalan pesakit di hospital masing-masing.

 ALBUM GAMBAR

Contact Us

Address :: Hospital Jasin
Jalan Utama, 77000
Jasin, Melaka
GPS :: 2.304673, 102.429808
Telephone Num :: 06-5294262
Faks Num :: 06-5295262
Email :: hjasin[@]moh.gov.my

Downloads

  List Of Forms
  Infection Control Information
  Hospital Jasin Laboratory Handbook
  (3rd Virtual Edition, Rev 2)
  Pharmacy's Bulletin
  eZ-Pamphlets (Digital Pamphlets)

 

Visitor Statistics

Today 84

Yesterday 424

Week 84

Month 4716

All 195642

  • Last Modified: Friday 22 May 2026, 05:59:42.