
Hospital Jasin | 3 Mac 2026 - Pihak Core Team MPIS Hospital Alor Gajah telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Hospital Jasin yang bertujuan untuk mempelajari dan berkongsi ilmu di dalam pengoperasian MPIS bagi modul Patologi. Lawatan ini diketuai oleh Dr Saiful Jalal bin Mohamed Yusoff, Ketua Unit Dasar Perubatan & Perancangan Perkhidmatan Klinikal, Hospital Alor Gajah. Turut serta adalah Ketua-Ketua Unit Patologi, Klinik Pakar, Hemodialisis/Medikal, Kecemasan dan Teknologi Maklumat, Hospital Alor Gajah.
ALBUM GAMBAR


