
Hospital Jasin | 8 Mei 2025 - "Buat Mereka Tersenyum, Hati Kami Pun Terubat"
Hospital Jasin telah menerima kunjungan ziarah kasih dari Ahli Parlimen Jasin YB Tuan Guru Zulkifli bin Ismail dan Dr Rosni binti Adam, NGO Pertubuhan Kami Prihatin Malaysia (PKPM) untuk menyantuni pesakit-pesakit di Hospital Jasin. Kunjungan mereka dengan menyapa mesra serta membawa doa, kata-kata semangat dan sedikit buah tangan bagi menyapa hati-hati yang sedang diuji dengan sakit dan kesepian seperti sabda Nabi ﷺ :
مَنْ عَادَ مَرِيضًا أَوْ زَارَ أَخًا لَهُ فِي اللَّهِ نَادَاهُ مُنَادٍ: أَنْ طِبْتَ وَطَابَ مَمْشَاكَ، وَتَبَوَّأْتَ مِنَ الْجَنَّةِ مَنْزِلًا
"Sesiapa yang menziarahi orang sakit atau saudaranya kerana Allah, maka akan ada suara yang menyerunya: ‘Semoga engkau baik, langkahmu diberkati, dan engkau mendapat tempat di dalam syurga.’"
(HR Imam al-Tirmizi)
ALBUM GAMBAR


