PIAGAM PELANGGAN JABATAN KESIHATAN NEGERI MELAKA
Warga Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) sentiasa komited dalam menyediakan perkhidmatan dan memberikan layanan dengan hormat, sopan dan penyayang tanpa mengira latar belakang pelanggan. Bagi mencapai matlamat tersebut JKNM berjanji untuk :
| Bil | Piagam Pelanggan | Bahagian Bertanggungjawab |
|---|---|---|
| 1 |
Memberi sokongan teknikal kepada Pejabat Kesihatan Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan dalam menguruskan dan |
Kesihatan Awam |
| 2 | Mengemukakan kes pendakwaan terhadap pelanggaran Undang-Undang Kesihatan Awam kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam tempoh lima (5) hari bekerja daripada penerimaan fail dari daerah |
Kesihatan Awam |
| 3 | Setiap permohonan pembaharuan lesen (operasi dan penggunaan mesin x-ray ) oleh Pengamal Perubatan Swasta akan dikemukakan ke Kementerian Kesihatan Malaysia dalam masa tiga puluh (30) hari dari tarikh penerimaan dokumen lengkap | Kesihatan Awam |
| 4 | Memproses permohonan lengkap Penubuhan Lembaga Perubatan di hantar ke Hospital Melaka dalam tempoh tiga (3) hari bekerja. | Perubatan |
| 5 | Mengemukakan keputusan Lembaga Perubatan di hantar kepada pemohon dalam tempoh tiga (3) hari bekerja | Perubatan |
| 6 | Menyediakan Pasukan Pelindungan Perubatan (PPP) kepada VVIP (Negeri Melaka dan dari Luar Negeri Melaka) yang berkelayakan mengikut Pekeliling Kementerian Kesihatan Malaysia. | Perubatan |
| 7 | Permohonan pembaharuan lesen kemudahan dan perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta di hantar ke Kementerian Kesihatan Malaysia untuk kelulusan dalam masa tiga puluh lima (35) hari dari tarikh penerimaan lengkap dokumen. | Perubatan |
| 8 | Permohonan untuk Pendaftaran Klinik Perubatan/Pergigian Swasta akan dihantar ke Kementerian Kesihatan Malaysia untuk kelulusan dalam masa dua puluh (20) hari dari tarikh premis lulus pemeriksaan pra-pendaftaran. | Perubatan |
| 9 | Pesakit luar akan dipanggil untuk sesi rawatan oleh pegawai pergigian dalam tempoh 30 minit selepas mendaftar | Pergigian |
| 10 | Menghantar surat permohonan menjalankan lokum kepada JKN dalam tempoh (1) minggu dari dokumen lengkap diterima | Pergigian |
| 11 | Menghantar borang permohonan Sijil Perakuan Pengamalan Tahunan untuk tahun berikutnya ke Majlis Pergigian Malaysia sebelum 30 oktober tahun semasa | Pergigian |
| 12 | Setiap Permohonan Lesen Racun Jenis A, B, Permit Natrium Hidroksida dan Permit Psikotropik yang lengkap akan dikeluarkan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja. | Farmasi |
| 13 | Mengeluarkan Sijil Penjualan Bebas kepada industri dalam tempoh satu (1) hari bekerja daripada tarikh permohonan lengkap diterima. | BKKM |
| 14 | Memastikan semua premis makanan yang diperiksa diambil tindakan sekiranya beroperasi secara tidak bersih atau sanitasi yang kotor. | BKKM |
| 15 | Memastikan permohonan bagi pemantauan keselamatan makanan bagi majlis keraian diproses dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh maklumat lengkap diterima | BKKM |
| 16 | Menyelesaikan siasatan aduan mudah dan sederhana dalam tempoh lima belas (15) hari bekerja daripada tarikh aduan diterima. | Pengurusan |
| 17 | Menyelesaikan bayaran bil dalam tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh dokumen lengkap diterima. | Pengurusan |
| 18 | Mengeluarkan Surat Arahan Penempatan dalam tempoh tujuh (7) hari daripada tarikh melapor diri di Jabatan Kesihatan Negeri Melaka. | Pengurusan |
| 19 | Memproses Akuan Terimaan Waran Peruntukan dalam tempoh Tiga (3) hari daripada tarikh waran peruntukan diterima. | Pengurusan |
| 20 | Menyelesaikan aduan kerosakan ICT yang diterima dalam tempoh lima belas (15) hari bekerja. | Pengurusan |
| 21 | Mengeluarkan Surat Setuju Terima (SST) dalam tempoh 3 hari daripada kelulusan Mesyuarat Jawatan Kuasa Sebutharga JKNM. | Pengurusan |
Untuk membolehkan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka melaksanakan piagam ini dengan berkesan, pelanggan adalah berkewajipan untuk:
- Mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan;
- Menjaga kesihatan dirinya dan masyarakat dengan mengamalkan cara hidup yang sihat dan
- Menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan secara bertanggungjawab.
PIAGAM PELANGGAN BAGI PERKHIDMATAN BARISAN HADAPAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
PIAGAM PELANGGAN BAGI HOSPITAL
Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara professional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti
- Keutamaan akan kami berikan kepada kes kritikal dan separa kritikal di Jabatan Kecemasan dan Trauma dengan masa menunggu seperti berikut :
a) Semua kes kritikal (Zon Merah) dirawat dengan serta-merta
b) Semua kes separa kritikal (Zon Kuning) dirawat dalam masa 15 minit
c) Lain-lain Kes (Zon Hijau) akan dilihat mengikut keutamaan keadaan pesakit - Perkhidmatan Klinik Pesakit Luar dan Klinik Pakar akan diberikan mengikut giliran dan/atau keadaan pesakit. Keutamaan akan diberikan kepada kanak-kanak, ibu hamil, warga emas dan orang kurang upaya.
- Maklumat akan diberikan kepada pelanggan berkenaan penyakit dan perawatan.
- Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah dijamin.
- Kemudahan dan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat disediakan
PIAGAM PELANGGAN BAGI KLINIK KESIHATAN
Kami berjanji untuk :
- Melaksanakan pemeriksaan dan memberi rawatan bagi [JENIS PELANGGAN] dalam tempoh [INDIKATOR] dari masa pendaftaran
NO.
PELANGGAN
INDIKATOR
Ibu Mengandung 1 Kes Baru 60 minit 2 Kes Ulangan (Normal) 30 minit 3 Kes Ulangan (Bermasalah) 120 minit Bayi / Kanak-Kanak 1 Kes Baru 60 minit 2 Kes Ulangan (Normal) 30 minit 3 Kes Ulangan (Bermasalah) 120 minit Lain-lain Kategori 1 Kes Baru 60 minit 2 Kes Ulangan (Normal) 30 minit 3 Kes Ulangan (Bermasalah) 120 minit - Bersedia untuk pergi menyambut kelahiran dalam masa 15 minit dari makluman diterima.
- Memastikan semua kes rujukan ke hospital yang menggunakan ambulans dihantar seta merta selepas keadaan pelanggan stabil.
- Memastikan aktiviti promosi kesihatan bagi setiap kumpulan sasar (pelanggan) yang khusus, 100% mengikut jadual yang ditetapkan.
- Memastikan semua ubat didispens di kaunter farmasi dalam tempoh 30 minit selepas menerima preskripsi.
- Memberi Akuan Penerimaan Aduan secara bertulis atau emel kepada pengadu dalam tempoh satu (1) hari selepas aduan diterima.
PIAGAM PELANGGAN BAGI KLINIK PERGIGIAN PRIMER
Kami berjanji untuk :
Rawatan pergigian :
- 1. Pesakit luar dipanggil untuk rawatan dalam tempoh 30 minit.
* hanya melibatkan pesakit yang telah didaftar tanpa temujanji
* kecuali dalam keadaan yang tidak dapat dielakkan
* standard seperti yang dipersetujui di peringkat negeri
Kepuasan Pelanggan :
- 2. Pesakit berpuas hati dengan perkhidmatan pergigian yang diberikan.
* standard seperti yang dipersetujui di peringkat negeri
* kajian dijalankan setahun sekali
Umum :
- 3. Memberi akuan penerimaan kepada pengadu dalam tempoh satu (1) hari selepas aduan diterima
