PELESENAN MESIN JUAL AIR
Prosedur:
Tujuan prosedur ini adalah untuk menjelaskan tatacara proses kerja pengurusan lesen untuk mengendalikan mesin jual air. Prosedur ini hendaklah digunapakai oleh pegawai di Ibu Pejabat BKKM, pegawai di Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dan juga di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dalam memproses permohonan, membuat verifikasi, menjalankan aktiviti pensampelan dan peringkat kelulusan. Tempoh sahlaku lesen adalah dua (2) tahun daripada tarikh lesen dikeluarkan.
Dibawah Peraturan 360C ; Peraturan-Peraturan Makanan 1985 telah menetapkan:
- Air daripada mesin jual air hendalah melalui proses penurasan, proses osmosin songsang, penyulingan, pengionan atau proses yang setara.
Garis Panduan:
Garis panduan permohonan lesen untuk mengendalikan mesin jual air merupakan pemudahcara kepada pengusaha untuk membuat permohonan lesen bagi mesin jual air. Garis panduan ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu:
i. Bahagian I : Panduan Permohonan
ii. Bahagian II : Keperluan Spesifik
Cara Memohon
Dapatkan borang permohonan lesen di :
a) Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan, Tingkat 5, Wisma Persekutuan)
b) Laman sesawang http://fsq.moh.gov.my / jknmelaka.moh.gov.my (dibahagian perniagaan/borang-borang pelesenan)
c) Pejabat Kesihatan Daerah
Borang permohonan dan dokumen sokongan yang lengkap hendalah dikemukakan ke Pejabat Kesihatan Daerah dima lokasi mesin jual air dipasang. set dokumen yang perlu dihantar semasa permohonan dibuat adalah:
- senarai semak permohonan (MJA-1/13)
- borang permohonan (MJA-2/13)
- salinan kad pengenalan pemohon
- salinan lesen daripada pihak berkuasa tempatan (PBT)
- salinan sijil pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
- manual sistem kawalan keselamatan mesin jual air
Bayaran / Fi Proses
Jenis Fi | Jumlah |
Fi Proses | RM 130.00/Permohonan |
Fi Lesen | RM 150.00/ Mesin Jual Air |
No |
Keterangan |
Tarikh |
Jenis |
Saiz |
Tindakan |
---|---|---|---|---|---|
1 |
Garis Panduan
|
10 Jan 2017 |
526kB |
||
2 |
Prosedur Pengeluaran Mesin Jual Air
|
10 Jan 2017 |
526kB |
||
3 |
Contoh Manual
|
10 Jan 2017 |
501kB |
||
4 |
Maklumat Tambahan
|
10 Jan 2017 |
44kB |
|