FASILITI PERGIGIAN
Perkhidmatan Kepakaran Pergigian
Perkhidmatan kepakaran pergigian dijalankan di Hospital Melaka dan beberapa Klinik Pergigian seperti dibawah. Rawatan kepakaran ini diperolehi melalui rujukan samada dari perkhidmatan pergigian primer atau klinik swasta.
| FASILITI | KEPAKARAN | No. Telefon |
|---|---|---|
|
Hospital Melaka |
Bedah Mulut |
06-289 2836 |
|
KP Melaka Tengah |
Ortodontik |
06-282 5122 samb 216 |
|
KP Alor Gajah |
Ortodontik |
06-5562234 |
| KP Batu Berendam | Ortodontik | 06-2706200 samb 144 |
|
KP Peringgit |
Periodontik |
06-284 6684 |
| KP Seri Tanjung | Periodontik | 06-3513333 |
| KP Rembia | Periodontik | 06-3161076 samb 203 |
|
KP Ayer Keroh |
Restoratif |
06-232 7973 |
| KP Tengkera | Restoratif | 06-3376586 |
Jabatan Bedah Mulut, Hospital Melaka
Peranan utama jabatan ini adalah mengatasi masalah kecederaan atau trauma yang melibatkan bahagian maksilofasial atau muka akibat kemalangan jalanraya, sukan, pergaduhan, jatuh atau insiden pekerjaan. Selain dari itu jabatan ini juga berperanan dalam bidang prostetik wajah seperti “cleft lip and palate repaired” serta pembuatan mata dan telinga palsu.
Jabatan Pergigian Peadiatrik, Hospital Melaka
Jabatan ini berperanan dalam mengatasi masalah pergigian kanak-kanak (usia dibawah 16 tahun) terutama bagi kanak-kanak keperluan khas dan kanak-kanak dengan masalah ‘medically compromised’. Selain dari rawatan pergigian, jabatan ini turut memberi pendidikan penjagaan kesihatan pergigian kepada kanak-kanak keperluan khas dan penjaga.
Unit Kepakaran Restoratif, Klinik Pergigian Ayer Keroh
Fungsi utama unit ini adalah memberi rawatan kepakaran berkaitan pemeliharaan masalah kegigian yang melibatkan penggantian gigi hilang dan tampalan gigi yang lebih kompleks yang memerlukan pembuatan crown, bridge serta rawatan saluran akar.
Unit Kepakaran Periodontik
Unit ini menerima rujukan bagi merawat masalah penyakit gusi serta tisu penyangga gigi. Rawatan ini bagi mencegah terjadinya kehilangan gigi akibat kerosakan jaringan penyangga gigi. Penyakit gusi juga kerap dijumpai pada pesakit dengan penyakit kronik yang lain seperti diabetes.
Unit Kepakaran Orthodontik
Unit ini memberi rawatan berkaitan kes-kes maloklusi atau salah letak gigitan akibat keadaan kegigian yang berlapis, jongang dan terpusing. Tujuan utama rawatan adalah menyusun gigi menjadi teratur dan dapat berfungsi dengan baik disamping dapat memperbaiki penampilan wajah.
