FASILITI FARMASI
CAWANGAN AMALAN DAN PERKEMBANGAN
Unit Perkembangan Farmasi
- Merancang, membangun, mengawal dan menyelaras aktiviti-aktiviti program Farmasi, memantau pelaksanaannya seterusnya menilai pencapaian naiktaraf perkhidmatan.
- Merancang dan memantau pembangunan fasiliti Farmasi di hospital dan klinik kesihatan agar seiring dengan perkembangan aktiviti Farmasi dan mengikut standard yang ditetapkan oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia.
Unit Bekalan Ubat dan Logistik
- Memastikan bekalan ubat-ubatan berjalan lancar dan Pmemperkasakan pengurusan stor dan kewangan.
- Memberikan maklumat terkini berkenaan ubat-ubatan kepada semua Farmasi hospital dan Kesihatan.
- Memantau penggunaan ubat-ubatan di hospital dan klinik kesihatan di bawah Jabatan Kesihatan Negeri Melaka.
- Pengumpulan statistik bilangan pesakit, jumlah penerimaan preskripsi, jumlah dan kos ubat-ubatan/ bukan ubat dan pemonitoran.
- Penyelarasan Mesyuarat Jawatankuasa Ubat & Terapeutik peringkat negeri.
Aktiviti Penjagaan Farmaseutikal
Bekalan ubat Pesakit Luar
Membekal dan memberi nasihat penggunaan ubat kepada pesakit luar atau warisnya.
Bekalan ubat Pesakit Dalam
Membekal ubat kepada pesakit di dalam wad.
Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB)
- Membolehkan pesakit mengambil ubat dari fasiliti berdekatan tempat tinggal mereka.
- Sistem ini ditawarkan di semua fasiliti hospital dan kesihatan.
SMS dan Ambil
- Perkhidmatan terbaru ditawarkan oleh unit farmasi
- Mempercepatkan proses pengambilan ubat bagi pesakit kurang upaya, pesakit dengan ubat yang perlu dibancuh dan bilangan jenis ubat yang banyak.
(No. Hospital Melaka: 06-2892586 (Farmasi Klinik Pakar). 06-2892443 (Satelit 5)., KK Durian Tunggal : 06-5531133)
Kad Temujanji Bagi Pengambilan Ubat
- Perkhidmatan terbaru ditawarkan oleh unit farmasi
- Mempercepat proses pengambilan ubat bagi pesakit kurang upaya, pesakit dengan ubat yang perlu dibancuh dan bilangan jenis ubat yang banyak.
- Mengurangkan masa menunggu pesakit
| Bil. | Fasiliti | Kad Temujanji |
| No telefon | ||
| 1 | Hospital Alor Gajah | 06-5565350 |
| 2 | Hospital Jasin | 06-5294262 |
| 3 | PK Peringgit | 06-2882344 |
| 4 | PK Ayer Keroh | 06-2323310 |
| 5 | KK Ujong Pasir | 06-2867333 |
| 6 | KK Ayer Molek | 06-2680333 |
| 7 | KK Jalan Gereja | 06-2824452 |
| 8 | KK Cheng | 06-3123333 |
| 9 | KK Klebang | 06-3154144 |
| 10 | KK Tanjung Kling | 06-3511333 |
| 11 | KK Bukit Rambai | 06-3512464 |
| 12 | KK Tengkera | 06-3360173 |
| 13 | KK Sungai Udang | 06-3531333 |
| 14 | KK Durian Tunggal | 06-5531133 |
| 15 | KK Masjid Tanah | 06-3842533 |
| 16 | KK Kuala Sg Baru | 06-3877767 |
| 17 | KK Lubok China | 06-6966475 |
| 18 | KK Simpang Empat | 06-5529497 |
| 19 | KK Padang Sebang | 06-5547932 |
| 20 | KK Machap Baru | 06-5252333 |
| 21 | KK Jasin | 06-5294632 |
| 22 | KK Merlimau | 06-2631533 |
| 23 | KK Umbai | 06-2615610 |
| 24 | KK Selandar | 06-5251495 |
| 25 | KK Simpang Bekoh | 06-5236033 |
| 27 | KK Sg Rambai | 06-2659526 |
Ubat Melalui Pos 1Malaysia (UMP 1Malaysia)
- Perkhidmatan terbaru ditawarkan oleh unit farmasi
- Membekalkan ubat susulan terus ke lokasi pilihan pesakit melalui pos
(No. Hospital Melaka: 06-2892586 (Farmasi Klinik Pakar). 06-2892443 (Satelit 5).)
Perkhidmatan Farmasi Klinikal
- Pegawai Farmasi Klinikal membuat rondaan wad dan berinteraksi dengan Pakar dan Pegawai Perubatan untuk menentukan kesesuaian terapi ubat pesakit di dalam wad.
- Memberi kaunseling dan nasihat ubat-ubatan kepada pesakit di dalam wad.
Klinik Kepatuhan Terapi Ubat (MTAC)
- Pegawai Farmasi MTAC memberi nasihat dan menilai tahap komplians pengambilan ubat oleh pesakit. MTAC memberi penekanan pada pengurursan ubat-ubatan untuk meningkatkan kualiti hidup, keselamatan pengubatan dan keberkesanan kos penjagaan pesakit.
- Hospital Melaka menawarkan paling banyak jenis Klinik Kepatuhan Terapi Ubat (MTAC) antaranya ialah diabetes, antikoagulan, antiretroviral (dewasa & paediatrik), rehabilitasi kardiak, respiratori (dewasa & paediatrik), neurologi, nefrologi, psoriasis
- Hospital Alor Gajah, Hospital Jasin dan Klinik Kesihatan turut menawarkan Klinik Kepatuhan Terapi Ubat (MTAC) mengikut kesusuaian masing-masing.
| Bil. | Fasiliti | MTAC |
| No telefon | ||
| 1 | Hospital Melaka | 06-2892611 |
| 2 | Hospital Jasin | 06-5294262 |
| 3 | Hospital Alor Gajah | 06-5565350 |
| 4 | KK Peringgit | 06-2882344 |
| 5 | KK Ayer Keroh | 06-2323310 |
| 6 | KK Ayer Molek | 06-2680333 |
| 7 | KK Durian Tunggal | 06-5531133 |
| 8 | KK Masjid Tanah | 06-3842533 |
| 9 | KK Kuala Sg Baru | 06-3877767 |
| 10 | KK Lubok China | 06-6966475 |
| 11 | KK Jasin | 06-5294632 |
| 12 | KK Merlimau | 06-2631533 |
- Menyediakan ubat-ubatan kemoterapi untuk pesakit kanser
- Membuat rondaan wad, memeriksa terapi ubat-ubatan pesakit kanser di dalam wad
- Membuat rondaan wad dan memeriksa terapi pengambilan nutrisi oleh pesakit di wad.
Total Parenteral Nutrition (TPN)
- Membuat sediaan nutrisi secara intravena.
- Membuat rondaan wad dan memeriksa terapi pengambilan nutrisi oleh pesakit di wad agar berada dalam keadaan optimum.
Perkhidmatan Klinikal Farmakokinetik
- Menganalisa sampel darah pesakit yang diterima untuk mengetahui paras ubat yang berjulat terapeutik rendah.
- Mencadangkan kepada pakar dan pegawai perubatan berkenaan dos ubat yang optima berdasarkan paras ubat yang diperolehi.
- Mengenalpasti pesakit-pesakit yang memerlukan perkhidmatan ini semasa rondaan wad.
(Hospital Melaka: 06-2892344)
Perkhidmatan Pemantauan Keracunan Ubat dan Racun
- Perkhidmatan ini beroperasi 24 jam setiap hari, 7 hari seminggu
- Menganalisa sampel darah pesakit yang diterima untuk mengetahui tahap ketoksikan ubat atau racun dalam darah pesakit
- Mencadangkan keperluan antidot bagi kes keracunan paracetemol.
(Hospital Melaka: 06-2892344)
Perkhidmatan Maklumat Ubat dan Racun
Memberi maklumat berkaitan ubat-ubatan dan racun kepada golongan professional dan orang awam melalui edaran informasi dan mengadakan aktiviti pendidikan secara berterusan
Perolehan dan Bekalan
Membekal ubat-ubatan, bahan pakai buang, reagen, bahan domestik dan gas perubatan untuk kegunaan pesakit di Hospital Melaka dan Klinik Kesihatan.
(semua hospital dan klinik kesihatan)
Perkhidmatan Pendispensan Rawatan Terapi Gantian Methadone
- Rawatan Terapi Gantian Methadone merupakan satu program rawatan penagihan dadah terutamanya penagihan opiate. Ia merupakan satu langkah yang diambil oleh KKM dalam Program Pengurangan Kemudaratan (Harm Reduction).
- Program ini diberi secara percuma kepada penagih-penagih warga Malaysia yang memenuhi kriteria yang telah ditetapkan.
- Pendispensan sirap methadone kepada pesakit ditawarkan oleh hospital dan klinik kesihatan seperti berikut :
| No | Fasiliti | No. Telefon | Waktu Operasi | |
| Hari Bekerja (Isnin-Jumaat) | Sabtu/Ahad/Cuti | |||
| 1 | Hospital Melaka | 06 – 2892310 | 8.00am - 5.00pm | 10.00am - 1.00pm |
| 2 | KK Umbai | 06 – 261 5610 | 8.30am - 10.30am | 9.00am - 10.00am |
| 3 | KK Merlimau | 06 - 2631533 | 8.30am - 10.30am | 10.30am - 11.00am |
| 4 | KK Selandar | 06 - 5253591 | 8.30am - 10.00am | 9.00am - 10.00am |
| 5 | KK Kemendor | 06 - 5293330 | 2.00pm - 3.00pm | Tutup |
| 6 | KK Simpang Bekoh | 06 - 5236033 | 9.00am - 10.00am | 10.30am - 11.30am |
| 7 | KK Jasin | 06 - 5294632 | 8.30am - 10.00am | 9.00am - 10.00am |
| 8 | KK Sungai Rambai | 06 - 2659526 | 8.30am- 10.00am | Tutup |
| 9 | KK Ayer Molek | 06 – 2681963 | 8.00am - 10.00am | 8.00am - 10.00am |
| 10 | KK Cheng | 06 - 3122621 | 8.00am - 10.00am | 8.00am - 10.00am |
| 11 | KK Klebang | 06 - 3154536 | 8.00am - 10.00am | 8.00am - 10.00am |
| 12 | KK Sungai Udang | 06 - 3531169 | 8.00am - 10.00am | Tutup |
| 13 | KK Peringgit | 06 - 2882344 | 7.30am - 9.30am | 8.00am - 10.00am |
| 14 | KK Ayer Keroh | 06 - 2312344 | 7.30am - 9.00am | Tutup |
| 15 | KK Jalan Gereja | 06 - 2824452 | 8.00am - 10.00am | Tutup |
| 16 | KK Ujong Pasir | 06 - 2867333 | 8.00am - 9.30am | Tutup |
| 17 | KK Tengkera | 06 - 3360173 | 8.00am - 9.30am | 8.00am-10.00am |
| 18 | KK Bukit Rambai | 06- 3512464 | 8.00am -9.00am | Tutup |
| 19 | KK Seri Tanjung | 06 - 3514822 06 - 3511333 |
8.00am -9.00am | Tutup |
| 20 | KK Masjid Tanah | 06 – 384 2533 | 8.00am-11.30am | 8.00am - 9.45am |
| 21 | KK Durian Tunggal | 06 - 5531133 | 8.30am - 9.30am | 9.00am - 10.00am |
| 22 | KK Machap Baru | 06 - 5252333 | 9.00am - 10.00am | Tutup |
| 23 | KK Padang Sebang | 06 - 5547932 | 8.00am - 10.00am | Tutup |
| 24 | KK Hutan Perca | 06 - 5548224 | 8.00am - 10.00am | Tutup |
| 25 | KK Simpang Empat | 06 - 5529497 | 8.00am - 10.00am | Tutup |
| 26 | KK Lubok Cina | 06 - 6966475 | 8.00am - 10.00am | Tutup |
| 27 | KK Kuala Sungai Baru | 06 - 3876333 | 8.00am - 11.30am | 8.00am -10.00am |
| 28 | AADK Alor Gajah | 06 – 556 2333 | 8.30am - 10.30am | 8.30am - 10.30am |
| 29 | Cure & Care Tampin | 06 - 5529497 | 11.00am -12.00pm | 11.00am - 12.00pm |
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
CAWANGAN PENGUATKUASA FARMASI
Penguatkuasaan Farmasi berperanan untuk memastikan semua produk farmaseutikal, tradisional dan kosmetik dalam pasaran adalah sah dari segi pendaftaran dan notifikasi. Ia juga berfungsi untuk memastikan bahawa pengendalian rangkaian bekalan dan pemasaran, iklan-iklan produk tersebut (termasuk juga perkhidmatan perubatan) dan penggunaanya dikendalikan dengan mematuhi peruntukan undang-undang yang terlibat.
Objektif
Memastikan semua keluaran farmaseutikal dan produk penjagaan kesihatan yang berada di pasaran adalah berkualiti, selamat, berkesan dan iklan ubat dan perkhidmatan perubatan mematuhi akta-akta dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan dan juga meningkatkan kesedaran pengguna ke atas pengunaan ubat yang berdaftar.Unit-Unit
Risikan dan Operasi
- Menjalankan risikan berdasarkan maklumat yang diterima/diperolehi.
- Menjalankan serbuan ke atas premis yang menjual/membekal/menyimpan/mengilang produk-produk tidak berdaftar, kosmetik tidak bernotifikasi.
- Menjalankan serbuan ke atas premis yang menjual/membekal/menyimpan/mengilang racun, bahan psikotropik, bahan kimia dan ubat-ubat terkawal yang beroperasi tanpa lesen yang sah.
Pelesenan
- Memproses lesen/permit/kebenaran merangkumi aktiviti penjualan, penggunaan, pengimportan dan pengeksportan bagi racun, dadah berbahaya, bahan psikotropik,bahan terkawal dan bahan kimia prekursor menurut Akta Racun 1952
- Menyelaras dan memantau aktiviti pelesenan di Cawangan Penguatkuasa Farmasi Negeri.
- Pemeriksaan meliputi premis berlesen dan premis berdaftar seperti klinik, farmasi, hospital perubatan, pergigian, veterinar swasta, premis pemborong dan kilang yang mengendalikan ubat-ubatan terkawal dan bahan kimia berjadual. Pemantauan ke atas premis yang tidak mempunyai lesen racun dan bukan premis berdaftar juga dijalankan seperti kedai runcit, kedai ubat, pasar malam, kiosk, salun kecantikan, spa, gim, pengamal perubatan tradisional dan lain-lain lagi.
- Kawalan di Pintu Masuk melibatkan kerjasama dengan pihak Kastam untuk menyaring pengimportan/ bawa masuk barang-barang yang dikawal di bawah Perundangan Farmasi supaya pengimportan itu mematuhi peruntukan undang-undang. Pemeriksaan dilakukan di Pelabuhan Quayside Banda Hilir dan Lapangan Terbang Antarabangsa Batu Berendam.
Penyiasatan, Pendakwaan & Iklan
- Memantau perjalanan aktiviti siasatan bagi kes-kes berkaitan keluaran farmaseutikal, racun dan bahan kimia yang dikawal di bawah Akta-akta yang dikuatkuasakan. Bukti dan keterangan dikumpul untuk tujuan pendakwaan dan tindakan punitif yang berkaitan.
- Mengendalikan pendakwaan dan perbicaraan kes-kes di mahkamah berdasarkan akta-akta yang dikuatkuasakan setelah penyiasatan yang lengkap telah dilakukan serta bukti yang kukuh diperolehi.
- Memantau iklan yang disiarkan melalui media cetak dan elektronik bagi memastikan peruntukan undang-undang sedia ada dipatuhi
- Menjalankan siasatan bagi kes-kes berkaitan pengiklanan ubat-ubatan dan perkhidmatan perubatan.
Pencegahan & Kesedaran Pengguna
- Menyelaras dan mengawalselia aktiviti meningkatkan kesedaran pengguna mengenai penggunaan ubat-ubat berdaftar
- Menganalisa sampel-sampel produk yang terdapat di pasaran dan berdasarkan aduan orang ramai, yang disyaki melanggar peruntukan undang-undang yang dikuatkuasakan.
- Mengendalikan aduan berkaitan ubat berdaftar, ubat tidak berdaftar, ubat palsu, kosmetik, makanan dicemari racun, iklan, etika doktor, etika ahli farmasi dan lain-lain
_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
CAWANGAN DASAR DAN PERANCANGAN STRATEGIK FARMASI
Cawangan Dasar & Perancangan Strategik Farmasi bertanggungjawab untuk memastikan perancangan strategik dan dasar perkhidmatan farmasi dilaksanakan mengikut sasaran yang ditetapkan, pengagihan sumber manusia mengikut keperluan dan kepentingan perkhidmatan, pembangunan modal insan yang relevan dan berterusan dilakukan.Cawangan Dasar & Perancangan Strategik terdiri daripada tiga unit iaitu Unit Dasar, Unit Kualiti dan Unit Sumber Manusia & Latihan. Cawangan ini melakukan tugas-tugas berikut:
- Menguruskan penyampaian maklumat dasar berkaitan perkhidmatan yang ditetapkan oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM.
- Mengendalikan dan menguruskan perkara berkaitan kualiti/inovasi dalam perkhidmatan Farmasi.
- Merancang dan menguruskan program berkaitan latihan dan hal-hal berkaitan CPD (Continuing Professional Development) untuk penjawat awam perkhidmatan farmasi.
- Menguruskan penjawatan penjawat awam dalam perkhidmatan farmasi
- Menguruskan penempatan dan pertukaran Pegawai dan Penolong Pegawai Farmasi .
- Bersama-sama dengan TPKN (F) membuat lawatan kerja ke fasiliti farmasi di klinik-klinik kesihatan dan hospital untuk memantau tahap pelaksanaan dasar-dasar yang telah ditetapkan dan masalah-masalah yang timbul berkaitan pengurusan farmasi.
- Mengendalikan aduan berkaitan perkhidmatan farmasi.
- Menyelaras aktiviti Kenali Ubat Anda (QUM-c) dan Duta QUM-c.
- Mengadakan Dialog TPKN (F) bersama dengan anggota farmasi, penolong pegawai farmasi dan pegawai farmasi provisional.
- Menguruskan borang pendaftaran penuh pegawai farmasi provisional kepada Lembaga Farmasi Malaysia (LFM).
- Menguruskan dan mengadakan peperiksaan perundangan farmasi bagi pegawai farmasi provisional negeri Melaka tiga kali setahun.
- Menguruskan tutorial untuk pegawai farmasi provisional sebagai persediaan menghadapi peperiksaan perundangan farmasi.
- Menerajui dan menjalankan aktiviti – aktiviti di bawah Delighting the Customer (DTC) bagi memantau dan menambahbaik mutu perkhidmatan awam oleh anggota Jabatan Kesihatan Negeri Melaka termasuk di hospital dan klinik kesihatan di negeri Melaka
