Farmasi: Perkhidmatan Utama Lain

  PERKHIDMATAN  FARMASI

Selain pembekalan ubat kepada pesakit dalam dan luar, bahagian farmasi turut menyediakan perkhidmatan lain seperti:

  • Perkhidmatan Farmasi Klinikal Sesi rondaan Pegawai Farmasi bersama dengan Pakar Perubatan dilakukan di dalam wad bagi memastikan rawatan optimum diberikan kepada pesakit. Kaunseling dijalankan bagi pesakit yang memerlukan.
     
  • Perkhidmatan Farmasi Onkologi Perkhidmatan ini hanya terdapat di Hospital Melaka. Ubat kemoterapi disediakan kepada pesakit. Rondaan oleh Pegawai Farmasi dibuat bagi pemeriksaan ubat dan kaunseling kepada pesakit kanser.
     
  • Perkhidmatan Nutrisi Parenteral Sediaan parenteral disediakan kepada pesakit yang tidak boleh menerima makanan secara oral. Rondaan oleh Pegawai Farmasi dibuat bagi pemeriksaan dan keberkesanan nutrisi parenteral ini.
     
  • Perkhidmatan Klinikal Farmakokinetik Bagi ubat – ubat tertentu yang mempunyai julat terapeutik rendah, sampel darah pesakit dianalisis oleh Pegawai Farmasi dan dos terbaik dicadangkan kepada Pegawai Perubatan bagi mendapatkan keberkesanan ubat secara optimum kepada pesakit.
     
  • Perkhidmatan Maklumat Ubat Perkhidmatan ini memberi maklumat berkaitan ubat-ubatan dan racun kepada golongan professional dan orang awam melalui edaran informasi dan mengadakan aktiviti pendidikan secara berterusan. Selain itu, pesakit juga boleh mendapatkan maklumat mengenai ubatan dengan menghubungi fasiliti tersebut. Pameran dan ceramah berkaitan ubat – ubatan melalui Kempen Kenali Ubat Anda turut dilaksanakan di agensi kerajaan dan agensi swasta.
     


PUSAT PANGGILAN FARMASI KEBANGSAAN
1800-88-6722

knowyourmedicine.gov.my | pharmacy.gov.my

© 2021 Jabatan Kesihatan Negeri Melaka. Hakcipta Terpelihara