KETUA PEGAWAI MAKLUMAT
CIO JABATAN KESIHATAN NEGERI MELAKA

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri
Dr. Ismail bin Ali
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB KETUA PEGAWAI MAKLUMAT (CIO) JABATAN KESIHATAN NEGERI MELAKA
(a) Melaksanakan kawalan keselamatan ICT selaras dengan keperluan KKM;
(b) Memberi penerangan dan pendedahan berkenaan DKICT KKM kepada semua pengguna;
(c) Menjalankan pengurusan risiko;
(d) Menjalankan audit, mengkaji semula, merumus tindak balas pengurusan berdasarkan hasil penemuan dan menyediakan laporan mengenainya;
(e) Melaporkan insiden keselamatan ICT kepada Pasukan Pengendalian Insiden Keselamatan ICT KKM (CERT KKM);
(f) Bekerjasama dengan semua pihak yang berkaitan dalam mengenalpasti punca ancaman atau insiden keselamatan ICT dan memperakukan langkah-langkah baik pulih dengan segera;
(g) Memantau pematuhan DKICT KKM;
(h) Menyedia dan melaksanakan keseluruhan program-program keselamatan ICT KKM; dan
(i) Menjalankan penilaian untuk memastikan tahap keselamatan ICT dan mengambil tindakan pemulihan dan pengukuhan bagi meningkatkan tahap keselamatan infrastruktur ICT supaya insiden baru dapat dielakkan.
