BAHAGIAN KESIHATAN AWAM
Perkhidmatan Kesihatan Awam telah diwujudkan sebelum kemerdekaan dengan pengwujudan undang-undang “Quarantine and Prevention of Disease Ordinance 1939” bertujuan untuk mencegah dan melindungi daripada sebaran penyakit. Peranan utama Bahagian Kesihatan Awam adalah untuk memastikan kesihatan rakyat Malaysia terpelihara secara optima dari segi fizikal, mental, sosial dan spiritual.
Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Negeri Melaka berfungsi sebagai 6 fungsi utama dan 1 fungsi sokongan. Terdapat 12 unit di bawah 6 fungsi utama dan 1 unit di bawah fungsi sokongan. Fungsi utama terdiri daripada Unit Promosi Kesihatan, Unit Penyakit Berjangkit dan Kesiapsagaan, Cawangan Penyakit Bawaan Vektor, Unit Tibi dan Kusta, Unit Penyakit Tidak Berjangkit, Unit Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar, Unit Aids/STD, Unit Kesihatan Keluarga, Unit Kesihatan Primer, Unit Pemakanan, Unit Keselamatan Kualiti Makanan, Unit Inspektorat dan Perundangan dan Unit Pengurusan Kesihatan Awam. Manakala fungsi sokongan adalah Unit Kejuruteraan.
Setiap unit ini memainkan peranan yang besar dalam memastikan setiap objektif Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Awam Negeri Melaka tercapai. Di dalam memastikan kesihatan rakyat Melaka terpelihara secara optima, beberapa punca kuasa Bahagian Kesihatan Awam diambilkira termasuk Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (CDC) 1988, Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (DDBIA) 1975, Akta Makanan 1983 dan Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR) 1969.
Objektif Umum
Untuk mengekalkan serta meningkatkan taraf kesihatan individu, keluarga dan komuniti secara optima melalui promosi kesihatan, pencegahan, perawatan dan pemulihan khususnya di kalangan penduduk negeri Melaka
Objektif Khusus
- Meningkatkan kesedaran kesihatan umum di arah mencapai perubahan sikap dan amalan untuk memperbaiki taraf kesihatan individu, keluarga dan masyarakat Melaka.
- Mengurangkan morbiditi dan mortaliti penyakit berjangkit dan tidak berjangkit supaya tidak menjadi masalah kesihatan awam di kalangan penduduk Melaka.
- Meningkatkan dan mengekalkan kesihatan fizikal, mental dan sosial dan pemakanan sesebuah keluarga dan komuniti di Melaka.
- Meningkatkan taraf kesihatan penduduk Melaka dengan pemantauan kualiti makanan dan minum yang selamat untuk mengurangkan kejadian penyakit berjangkit.
- Mengwujudkan satu struktur yang mampu menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan undang-undang kesihatan awam dengan lebih profesional dan berkesan mengikut kehendak organisasi.
- Memastikan keselesaan pelanggan di kemudahan kesihatan melalui penyelenggaraan bangunan dan kemudahan yang sempurna.
- UNIT INSPEKTORAT DAN PERUNDANGAN
- UNIT KESELAMATAN RADIASI
- UNIT KEJURUTERAAN
- UNIT PENDIDIKAN KESIHATAN
- UNIT PEMAKANAN
- UNIT KESIHATAN PRIMER
- UNIT KESIHATAN KELUARGA
- UNIT KAWALAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT
- UNIT KESIHATAN PEKERJAAN DAN ALAM SEKITAR
- UNIT KAWALAN TB/KUSTA
- UNIT KAWALAN HIV/AIDS
- UNIT SURVELAN DAN KESIAPSIAGAAN
- UNIT KAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT (CDC)
- UNIT VEKTOR
- UNIT KUALITI
