BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI
Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Melaka
Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Melaka merupakan sebahagian daripada perkhidmatan yang diselaraskan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Melaka. Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Melaka memberikan perkhidmatan sokongan dan teknikal dan ianya diketuai oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi).
Bahagian ini terdiri daripada tiga cawangan iaitu :
- Cawangan Amalan dan Perkembangan Farmasi
- Cawangan Penguatkuasa Farmasi
- Cawangan Pengurusan Farmasi
Visi
Menerajui pengurusan berkualiti ke atas ubat-ubatan melalui tenaga kerja yang berdaya saing, sains dan teknologi bersesuaian dan perkongsian dengan semua pihak yang berkepentingan.
Misi
Memastikan ubat-ubatan berkualiti untuk negara.
Objektif
- Memastikan pesakit-pesakit yang menerima rawatan di bawah hospital dan klinik kesihatan memperolehi perkhidmatan Farmasi berkonsepkan ‘Total Pharmaceutical Care’.
- Menentukan penjualan, pengedaran, pengurusan dan kegunaan farmaseutikal, kosmetik dan produk pemeliharaan kesihatan dilaksanakan selaras dengan perundangan-perundangan Farmasi yang berkuatkuasa dalam negara.
- Menentukan produk-produk farmaseutikal dan kosmetik yang dipasarkan selamat, berkualiti dan berkesan melalui undang-undang yang berkuatkuasa.
- Menyelia perancangan sumber manusia dan latihan semua anggota Farmasi.
Peranan Anda:
- Membantu dan memberikan kami kerjasama untuk membanteras dan menangani masalah produk yang tidak berdaftar supaya kesihatan dan kualiti hidup terjamin.
Peranan Bahagian Perkhidmatan Farmasi:
- Memastikan produk farmaseutikal, produk pemeliharaan kesihatan dan kosmetik yang diperdagangkan dan digunakan di negara ini adalah berkualiti, berkesan dan selamat, serta bahan-bahan terkawal (berjadual) dikendalikan secara sah dan betul.
- Menyampaikan maklumat dan mempertingkatkan kesedaran pengguna akan penyalahgunaan ubat dan kosmetik yang tidak berdaftar
Logo Bahagian Perkhidmatan Farmasi

Fresh= Segar & Bersemangat
- Releven. Berubah mengikut keperluan.
- Menyokong pembaharuan. Sedia mengubah amalan lapuk.
- Mempercayai keupayaan anggota termasuk yang muda
Focus= Fokus
- Berkeinginan tinggi untuk maju.
- Mampu tumpu pada tujuan sebenar walaupun terdapat banyak cabaran.
- Fokus dalam mengimplementasi dan menyediakan perkhidmatan yang lebih baik.
Firm= Teguh
- Setiakawan. Team work.
- Pendirian yang tetap dan jujur.
- Jelas dengan peranan yang dipegang.
- Berani untuk membuat keputusan. Mambantu membuat keputusan dengan betul.
Untuk dapatkan lebih informasi mengenai ubat-ubatan dan kesihatan, sila layari facebook kami https://www.facebook.com/SahabatFarmasiMelaka/ dan twitter https://twitter.com/UbatOhUbat
No |
Keterangan |
Tarikh |
Jenis |
Saiz |
Tindakan |
|---|---|---|---|---|---|
1 |
Carta Organisasi BPFM 2019.docx
|
22 Jan 2019 |
131kB |
||
2 |
Anugerah KIKF 2017 (Hosp Melaka).pdf
|
22 Jan 2019 |
910kB |
|



