PERNIAGAAN  PERKHIDMATAN UNTUK PERNIAGAAN

SENARAI SEKOLAH LATIHAN PENGENDALI MAKANAN (SLPM) DI NEGERI MELAKA

KURSUS LATIHAN PENGENDALI MAKANAN

Kementerian Kesihatan telah melancarkan latihan program pengendali makanan pada tahun 1996 dengan mengiktiraf institut swasta bagi menjalankan kursus asas dalam aspek kebersihan dan pengendalian makanan. Menerusi program ini modul latihan yang seragam untuk semua pengusaha dan pengendali makanan telah diwujudkan. Sesi latihan ini dikendalikan oleh Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang diiktiraf oleh KKM di seluruh negara.

Objektif Program ini ialah untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada semua pengendali makanan mengenai aspek-aspek kebersihan dan keselamatan makanan, diri pengendali dan premis makanan dan seterusnya bagi mengurangkan kejadian keracunan makanan di seluruh negara. Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan (PPKM) 2009 telah diwartakan pada 28 Februari 2009 dengan mewajibkan semua pengendali makanan menjalani Kursus LPM di Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang diiktiraf oleh KKM. KKM bertanggungjawab sepenuhnya dalam aktiviti akreditasi dan pemantauan bagi SLPM dan tenaga pengajar.  Di Melaka Terdapat sebanyak 9 buah sekolah latihan pengendali makanan (yang menawarkan kursus kepada orang luar) yang diiktiraf oleh KKM.  Bagi mereka yang ingin menghadiri kursus LPM boleh hubungi sendiri dengan sekolah-sekolah berkenaan untuk mendapatkan jadual kelas.

 

Secara ringkasnya Program LPM melibatkan aktiviti seperti berikut :

  1. Akreditasi SLPM - Proses untuk mendapatkan pengiktirafan yang melibatkan institusi atau organisasi yang bertanggungjawab menjalankan aktiviti latihan pengendali makanan kepada pengendali makanan yang terlibat di dalam penyediaan, penghidangan dan penjualan makanan.
  2. Kursus Wajib Tenaga Pengajar - Kursus yang perlu dihadiri bagi individu yang memohon melayakkan individu tersebut mendapatkan pengiktirafan sebagai tenaga pengajar
  3. Pengiktirafan Tenaga Pengajar - Proses yang melibatkan individu yang lulus kursus wajib sebelum mengajar dan mengendalikan kursus latihan pengendali makanan kepada pengendali makanan.
  4. Audit pemantauan dijalankan terhadap SLPM dan tenaga pengajar bagi memastikan SLPM dan tenaga pengajar yang telah diiktiraf beroperasi mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh KKM.
  5. Tindakan boleh dikenakan bagi mana-mana SLPM yang didapati gagal mematuhi syarat-syarat akreditasi yang telah ditetapkan seperti amaran, penggantungan dan penarikbalikan pengiktirafan.

KKM telah mengeluarkan Garis Panduan Skim Akreditasi Program Latihan Pengendali Makanan (LPM) sebagai panduan kepada semua SLPM dan tenaga pengajar yang diiktiraf serta individu yang berminat untuk menyertai skim akreditasi Program LPM. Garispanduan ini juga membantu memberi panduan kepada juruaudit semasa menjalankan proses pemantauan bagi SLPM dan tenaga pengajar.

Keterangan
JADUAL KURSUS TENAGA PENGAJAR 2019
MODUL PENGAJARAN
GARIS PANDUAN
 
Untuk membuka fail PDF, anda memerlukan Adobe Reader yang boleh dimuat-turun di http://get.adobe.com/reader
Adobe Reader
Perkhidmatan Untuk Perniagaan      Pengeluaran Sijil Kesihatan     Pengeluaran Sijil Penjualan Bebas    Pendaftaran Premis Makanan    MeSTI (Makanan Selamat Tanggungjawab Industri)    Pengeksport Makanan Diproses Minima Ke Singapura (MINIMALLY PROCESSED KE SINGAPURA)    Premis Makanan Bersih, Selamat dan Sihat (BeSS)    Borang-borang Permohonan Lesen dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia    PELESENAN AIR MINERAL SEMULAJADI & AIR MINERAL BERBUNGKUS    PELESENAN MESIN JUAL AIR    PELESENAN KILANG AIS    Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009    Senarai Katerer Negeri Melaka yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia 

Tarikh Akhir Kemaskini :: 03-10-2019 :: 09:29 AM