Pencapaian Piagam Pelanggan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka
Mengeluarkan Sijil Penjualan Bebas kepada industri dalam tempoh 1 hari bekerja daripada tarikh permohonan lengkap diterima
Menyelesaikan siasatan aduan kategori mudah dan sederhana dalam tempoh 15 hari bekerja dari tarikh aduan diterima.
Memproses permohonan lengkap Penubuhan Lembaga Perubatan dihantar ke Hospital Melaka dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.
Menyediakan Pasukan Pelindungan Perubatan (PPP) kepada VVIP (Negeri Melaka dan dari dari Luar Negeri Melaka) yang berkelayakan mengikut Pekeliling Kementerian Kesihatan Malaysia.
Mengemukakan kes pendakwaan terhadap pelanggaran Undang-Undang Kesihatan Awam kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam tempoh ( 5 ) hari bekerja daripada penerimaan fail dari daerah.
Memberi layanan dengan hormat, sopan dan penyayang tanpa mengira bangsa, agama, umur, jantina ataupun sosio-ekonomi pelanggan.
Semua permohonan pembaharuan lesen kemudahan dan perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta dihantar dikemukakan ke Kementerian Kesihatan Malaysia untuk kelulusan dalam masa tiga puluh lima (35) hari dari tarikh penerimaan lengkap dokumen.
Setiap permohonan Lesen Racun Jenis A, B, Permit Natrium Hidroksida dan Permit Psikotropik yang lengkap akan dikeluarkan dalam tempoh 7 hari bekerja.
Menyelesaikan bayaran bil dalam tempoh 14 hari daripada tarikh dokumen lengkap diterima.