Unit Penyeliaan Hospital
- LATAR BELAKANG
- VISI DAN MISI
- OBJEKTIF
- SKOP PERKHIDMATAN
- PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN
LATAR BELAKANG
Unit Penyelian Hospital adalah salah satu kompenan dibawah Pengurusan Klinikal Hospital.Berperanan dalam pengurusan sumber dan penyeliaan klinikal.untuk memastikan mutu perkhidmatan yang cemerlang, cekap, dan selamat diberi kepada pesakit-pesakit oleh anggota dibawah jagaannya iaitu Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan.VISI DAN MISI
VISI
- Menjana pasukan sokongan Perubatan yang kompenan dan berdedikasi dengan sentiasa mempertingkatkan mutu perkhidmatan yang diberi kepada pesakit secara berterusan.
MISI- Menyediakan Perkhidmatan Penyeliaan Klinikal (Clinical Supervision) yang kompiten dan berdedikasi kepada anggota di bawah jagaan supaya setiap aktiviti perkhidmatan diberi secara professional dan efektif memenuhi keperluan pelanggan.
OBJEKTIF
Memastikan perkhidmatan yang diberi oleh Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan dilaksanakan secara professional,cekap dan berkualiti sepanjang masa. Mengurus sumber manusia dibawah kawalan dengan cekap dan mengoptimakan bilangan anggota disesuatu unit atau jabatan mengikut kepentingan perkhidmatan. Merangka dan melaksanakan program latihan jangka pendek dan jangka panjang secara berterusan dan berkesan kepada anggota dibawah jagaan. SKOP PERKHIDMATAN
Pengurusan Sumber Manusia
- Perjawatan pegawai (Database)
- Permohonan Perjawatan Baru (Anggaran Belanja Mengurus)
- Penempatan/Penempatan semula pegawai.
- Pengagihan pegawai mengikut keperluan tenaga manusia
- Mengawal selia tatakelakuan pegawai.
Pentadbiran
- Mengelola Bahagian Penyeliaan Hospital bagi memastikan dasar dan prinsip Kod Etika diuruskan dengan cekap dan berkesan
- Mesyuarat berkala unit Penyeliaan Penolong Pegawai Perubatan dan mesyuarat jabatan Hospital
- Kewangan/Peruntukan Modal Insan.
- Perolehan/Aset.
Penyeliaan Klinikal(Clinical Supervision)
- ‘Standard Operating Procedure’(SOP yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembantu Perubatan mengikut aktiviti)dan CPG kementerian Kesihatan Malaysia.
- Dokumentasi Klinikal
- Audit Klinikal
- Keselamatan Pesakit (Patient Safety)
Penguruasan Keselamatan Kebakaran
- Latihan asas kebakaran
- Latihan Fire Drill
- Table Top Fire Drill
- Latihan Pasukan Keselamatan Kebakaran
- Audit fungsi system kebakaran
- Audit Kebakaran
- Pembaharuan perakuan sijil FC Bomba
Pematuhan Akta Dan Peraturan
- Pematuhan kepada Akta 180,Akta Pembantu Perubatan (Pendaftaran)1977
- Peraturan-peraturan yang ditetapkan peringkat hospital diamalkan semasa menjalankan aktiviti kerja harian.
- Pematuhan kod etika Pembantu Perubatan.
- Pematuhan senarai tugas PenolongPegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan yang telah diluluskan mengikut bidang kerja masing masing.
Pengurusan Latihan
- Orientasi anggota baru
- Merancang latihan bagi anggota PPP & PPK
- Menyelaras latihan yang dihadiri oleh anggota
- Menyediakan laporan latihan dihadiri oleh anggota
- Mengurus Buku Log latihan dan Mycpd.
- Menyelaras latihan Tahap 1,2 dan 3 bagi Pembantu Perawatan Kesihatan.
Tugas Atas Panggilan
- ‘Clinical Supervision’di jabatan-jabatan yang melibatkan anggota dibawah jagaan.
- Penyediaan jadual tugas atas panggilan
- Pemantauan terhadap anggota yang melakukan tugas atas panggilan
- Semakan laporan harian
- Penyediaan laporan kepada Pengarah Hospital.
Pengurusan Bencana, Wabak dan Kesiapsiagaan Krisis
- Ahli Jawatankuasa Induk Bencana.
- Pekatifan Bilik Gerakan
- Penyediaan jadual tugas atas panggilan
- Menyelaras segala maklumat terkini bencana
- Merancang menyediakan sumbertenaga manusia, peralatan dan keperluan lain semasa bencana
PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN
- Lawatan Pakar Endokrinologi
- Ke Hospital Muar setiap 2 bulan @ 6 kali lawatan setahun
- Ke Hospital Jasin setiap 4 bulan @ 3 kali lawatan setahun
- Ke Hospital Alor Gajah setiap 4 bulan @ 3 kali lawatan setahun
- Lawatan Pakar Geriatrik
- Ke Hospital Alor Gajah setiap hari Rabu @ 4 kali lawatan setahun
- Rujukan pesakit ke hospital luar Melaka
- Hospital Serdang/ Institut Jantung Negara untuk kes Kardiologi
- Jabatan Neurosurgeri Hospital Kuala Lumpur untuk kes Neurosurgeri
- Jabatan Onkologi Hospital Kuala Lumpur untuk kes kanser paru-paru
- Lawatan Pakar Endokrinologi