Unit Kejururawatan Hospital Melaka bertanggungjawab dalam memberikan perawatan pesakit luar dan dalam.
Aspek pengurusan klinikal merupakan tonggak utama bagi bahagian ini yang meliputi semua aspek penjagaan pesakit dan memastikan pemberian yang berkualiti, efisien, berkesan dan selamat.
Bahagian ini membantu Pengarah, Timbalan Pengarah Hospital dan pihak pengurusan dalam banyak aspek demi memantapkan penjagaan pesakit.
SKOP PERKHIDMATAN
Memberi penjagaan dan perawatan pesakit yang sempurna dan sejahtera ke arah kehidupan yang berkualiti.
Meninggikan piawaian dan kualiti perawatan ke tahap yang optima menerusi pembangunan kerjaya kejururawatan yang profesional,penyayang dan semangat kerja berpasukan.
Memberi perkhidmatan perawatan secara holistik yang bermutu dengan mengamalkan etika kod profesion dan amalan dalam pelbagai bidang perubatan, pembedahan, ortopedik, peaditrik, kebidanan termasuk bidang kepakaran kritikal ICU/CCU dan NICU.