Pilihan Tema : 

Unit Penjagaan Luka

  • LATAR BELAKANG

    • Unit Penjagaan Luka Hospital Melaka telah ditubuhkan dengan rasmi pada 02 Mei 2012 yang telah di pengerusikan oleh Pengarah Hospital Melaka pada ketika itu iaitu Datuk Dr. Narimah Nor bt. Yahaya dan Dr. Hj. Ahmad Faizal b. Abdullah (Pakar Pembedahan Ortopedik) selaku Ketua Penyelaras serta dua orang Pengawai Perubatan dari Jabatan Pembedahan dan Jabatan Orthopedik turut membantu di dalam unit ini.
    • Pengurusan Unit Penjagaan Luka telah dibantu oleh kakitangan dalam kalangan paramedik yang terdiri dari tiga  orang Penolong Pengawai Perubatan  dan dua orang Jururawat Terlatih  bagi membantu di bahagian pengurusan serta penjagaan pesakit yang telah dirujuk kepada unit ini. Pada awal penubuhan, Unit ini berada di Aras 1, Blok Pentadbiran Hospital Melaka. Bermula pada bulan Februari 2018, Unit Penjagaan Luka telah berpindah ke lokasi baru di Aras 3 Blok Tambahan Hospital Melaka (berhadapan lif Wad Aras 3)
  • VISI DAN MISI

           
       VISI  
      
    • Kerja berpasukan menuju kearah kepuasan pelanggan melalui perkhidmatan cemerlang dan berkualiti.
       MISI  
    • Menyediakan perkhidmatan kepakaran dalam penjagaan luka yang berkualiti untuk pesakit-pesakit kami melalui kerja berpasukan, penyayang dan profesional.
  • OBJEKTIF 

    Menyediakan perkhidmatan kepakaran penjagaan luka yang berkualiti kepada pesakit.
    Menentukan semua staf dalam Unit ini mendapat latihan dan pembelajaran yang berterusan.
    Mempromosikan penyelidikan penjagaan luka untuk mengekalkan perawatan penjagaan luka yang berkualiti dan memenuhi kepuasan pelanggan.

  • SUB UNIT DI BAWAH JABATAN

    • Klinik Penjagaan Luka
  • SKOP PERKHIDMATAN

    • Melaksanakan perawatan serta rawatan kepada setiap jenis luka yang telah dirujuk ke unit ini
  • PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

    • Memberi rawatan kepada setiap jenis luka yang dirujuk di unit penjagaan luka.
    • Memberi latihan kepada anggota kesihatan yang terlibat di dalam penjagaan luka.
    • Menyediakan perkhidmatan kaunseling penjagaan luka.
    • Menjalankan kajian kes bagi produk-produk  penjagaan luka yang baru diperkenalkan.

     

Toggle Setting Menu