Unit Pendidikan Pesakit
- LATAR BELAKANG
- VISI DAN MISI
- OBJEKTIF
- SKOP PERKHIDMATAN
- PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN
LATAR BELAKANG
- Unit Pendidikan Pesakit memberikan perkhidmatan promosi kesihatan yang menumpukan kepada perubahan tingkahlaku kesihatan yang positif. Unit ini bertanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan bantuan serta sokongan bagi program dan aktiviti pendidikan kesihatan di hospital. Ia bertujuan untuk meningkatkan kualiti kesihatan pesakit, keluarga dan masyarakat melalui olahan sumber dan kaedah pendidikan kesihatan yang bersesuaian agar kumpulan sasar memperolehi pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam aspek pencegahan penyakit.
VISI DAN MISI
VISI
- Memberi perkhidmatan pendidikan pesakit dan promosi kesihatan yang cemerlang
MISI- Memberikan maklumat dan perkhidmatan yang berkualiti dan berkesan melalui aktiviti-aktiviti pendidikan pesakit yang menjurus ke arah perubahan tingkahlaku yang positif
OBJEKTIF
Menyedia perkhidmatan bantuan dan sokongan bagi program dan aktiviti pendidikan dan promosi kesihatan di hospital. Meningkatkan kualiti kehidupan pesakit, keluarga dan masyarakat melalui olahan sumber dan kaedah pendidikan yang bersesuaian. SKOP PERKHIDMATAN
- Melaksanakan Program Pendidikan Pesakit
- Melaksanakan Perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok
- Melaksanakan aktiviti Kempen Cara Hidup Sihat
- Melaksanakan aktiviti-aktiviti berkaitan promosi kesihatan
- Melaksnakan program pengawalan obesiti (IFITER)
- Menjalankan aktiviti pameran kesihatan
- Menyediakan sumber pendidikan kesihatan
- Menerbit dan mencetak bahan-bahan pendidikan kesihatan
PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN
- Melaksanakan perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok
- Khidmat runding cara penerbitan bahan-bahan pendidikan kesihatan
- Mencetak dan menyediakan sumber pendidikan kesihatan