Jabatan Rekod Perubatan
- LATAR BELAKANG
- VISI DAN MISI
- OBJEKTIF
- SUB UNIT DI BAWAH JABATAN
- SKOP PERKHIDMATAN
- PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN
LATAR BELAKANG
- Tanggungjawab utama Jabatan Rekod Perubatan adalah menguruskan rekod perubatan pesakit dalam keadaan selamat dan rahsia maklumat pesakit terkawal mengikut prosedur yang ditetapkan serta bertanggungjawab juga dalam menyediakan statistik penting peringkat Hospital Melaka. Berdasarkan hiraki fungsi Jabatan Rekod Perubatan berada di bawah Direktorat Sokongan Bukan Klinikal dan di bawah tanggungjawab Timbalan Pengarah Perubatan II.
VISI DAN MISI
VISI
- Untuk memberi perkhidmatan rekod yang unggul disamping memberikan kepuasan kepada pelanggan
MISI- Untuk memberi kepuasan kepada pelanggan dengan berteraskan nilai perkhidmatan yang penyayang, kerja berpasukan dan profesionalisma.
OBJEKTIF
Menyimpan rekod – rekod perubatan pesakit dalam dan data – data statistic hospital dengan selamat, kemas dan efisyen. Menyediakan perkhidmatan yang cekap, berkesan dan mudah untuk menyimpan dan mengeluarkan rekod perubatan pesakit dalam. Mengumpul dan menyediakan data – data statistik dengan cepat dan tepat Mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan yang sedi ada. Memberikan perkhidmatan yang mesra, berkesan serta cekap kepada orang ramai. SUB UNIT DI BAWAH JABATAN
- Unit Pengurusan Rekod Perubatan
- Unit Pengurusan Laporan Perubatan
- Unit Statistik SMRP & Case Mix
SKOP PERKHIDMATAN
- Menguruskan hal-hal berkaitan pengurusan rekod perubatan, pengurusan laporan perubatan, pengurusan statistik, pengurusan kes perundangan (medico-legal) dan menerima permohonan untuk membuat carian pengesahan kelahiran di Hospital Melaka bagi pendaftaran kelahiran lewat.
PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN
- Permohonan mendapatkan laporan perubatan / bedah siasat (Kadar bayaran – Sila hubungi ditalian 06-289 2504 / 2505)
- Permohonan untuk membuat carian pengesahan kelahiran bagi pendaftaran kelahiran lewat.
- Permohonan pinjaman rekod perubatan untuk kegunaan dalaman atau hospital - hospital di Negeri Melaka (Cluster)
- Permohonan data statistik untuk kegunaan Pengurusan Hospital / Jabatan Kesihatan Negeri Melaka dan Kementerian Kesihatan Malaysia