Jabatan Pergigian Pediatrik
- LATAR BELAKANG
- VISI DAN MISI
- OBJEKTIF
- SKOP PERKHIDMATAN
- PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN
LATAR BELAKANG
- Jabatan Pergigian Pediatrik di Hospital Melaka ditubuhkan pada bulan Januari 2007 dengan penghantaran Pakar Pergigian Pediatrik pertama ke Hospital Melaka pada 3 Januari 2007 iaitu Dr Sa’adah binti Atan. BDS (U.Malaya), M.Clin.Dent. Paeds (London), FDSRCS (England)
VISI DAN MISI
VISI
- Klinik Pakar Pergigian Pediatrik ini beriltizam untuk menjadi pusat kecemerlangan bagi perkhidmatan pergigian pediatrik yang mampu menyediakan rawatan kesihatan oral yang komprehensif melalui sistem kesihatan yang mampu dibiayai semua lapisan masyarakat, lengkap dengan teknologi terkini dan berorientasikan pesakit.
MISI- Meningkatkan kualiti hidup populasi kanak-kanak melalui promosi kesihatan oral dan penyediaan kesihatan oral yang:
- Dapat memenuhi keperluan pesakit
- Mempunyai teknologi yang mencukupi dan terkini
- Diberikan oleh kakitangan yang terlatih dengan profesionalisme, bersikap prihatin dan mempunyai semangat kerja berpasukan dalam suasana yang kondusif
OBJEKTIF
Menyediakan perkhidmatan kesihatan oral yang bersifat promotif, mencegah, merawat dan rehabilitatif kepada pesakit yang berumur 16 tahun ke bawah, terutamanya kepada pesakit dengan keperluan istimewa Menyediakan rawatan pergigian yang komprehensif dan penjagaan kesihatan oral kepada semua kes rujukan, menjadikan mereka sihat secara oral tanpa sebarang simptom dan tanda-tanda kewujudan penyakit oral yang aktif Melibatkan diri secara langsung dalam melatih personel kesihatan samada melalui program CME, CPD, latihan dalam perkhidmatan, program asas, program asas lanjutan dan juga program pengajaran jarak jauh Melibatkan diri secara aktif dalam kajian yang berkaitan dengan perkhidmatan kesihatan SKOP PERKHIDMATAN
- Berfungsi sebagai pusat rawatan perkhidmatan kepakaran pergigian utama negeri Melaka untuk kes-kes pergigian pediatrik yang melibatkan pesakit berumur 16 tahun kebawah yang merangkumi kes-kes early childhood caries, kes anormali pergigian, kes klef bibir dan lelangit, patologi mulut,rawatan kecemasan trauma dan kanak kanak keperluan khas.
- Perkhidmatan klinik konsultasi multidisplin dengan bidang kepakaran pergigian lain dari kepakaran pembedahan mulut, ortodontik, restoratif dan periodontik.
- Menjadi pusat latihan amali bagi pelbagai personel pergigian dalam latihan serta menjalankan aktiviti pendidikan pergigian berterusan untuk semua anggota dalam perkhidmatan yang berkenaan.
PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN
- Rawatan Pergigian Rumit/Kompleks
- Rawatan Perubatan dan Patologi Oral
- Rawatan Pembedahan minor
- Rawatan Trauma Maxilofasial
- Rawatan Pergigian dan Oral kepada Pesakit Keperluan Khas (Bermasalah Perubatan, Berkecacatan Mental atau Fizikal, Kanak-kanak Sindromik, dsb.)
- Rehabilitasi Oral dan pembinaan prostesis mulut, mata dan telinga
- Rawatan Pembedahan elektif dan kecemasan di bawah bius umum
- Rawatan intarseptif orthodontik