Jabatan Pediatrik
- LATAR BELAKANG
- VISI DAN MISI
- OBJEKTIF
- SKOP PERKHIDMATAN
- PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN
LATAR BELAKANG
- Jabatan Pediatrik Hospital Melaka menyediakan perkhidmatan rawatan kepakaran pediatrik kepada Negeri Melaka, Johor Utara dan kawasan sempadan Negeri Sembilan – Melaka.
- Jabatan Pediatrik telah berpindah dari bangunan lama ke blok baru secara rasminya pada 1 Jun 1999. Jumlah keseluruhan bagi katil pediatrik adalah 127 buah.
- Wad Pediatrik Perubatan yang dikhaskan untuk kanak-kanak berumur satu bulan sehingga 12 tahun terletak di Aras 1-4 dan juga Wad Pembedahan Disiplin Pediatrik (Wad 1-2) . Jumlah katil yang dikhaskan katil pediatrik berjumlah 43 buah katil.
- Wad Neonatal terletak di Aras 2, Blok Bangunan Tambahan dan khas untuk bayi baru lahir sehingga berumur satu bulan. Jumlah katil Neonatal adalah 78 buah katil. Wad Neonatal (SCN/NICU) terdiri daripada 3 bahagian iaitu Unit Rawatan Rapi Bayi (NICU - Level III) - 12 katil , Nursery Level II mempunyai 26 katil dan Nursery Level I mempunyai 40 katil.
- Pada bulan Jun 2010, Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) diwujudkan di dalam Wad 1-4 setelah kerja-kerja pengubahsuaian dilakukan. Unit ini mempunyai 6 buah katil termasuk 2 bilik Isolasi.
- Klinik Pakar Pediatrik telah berpindah ke Blok BG mulai tahun 2008 dan memberi rawatan susulan daripada kes-kes yang discaj daripada wad and kes rujukan daripada semua hospital dan klinik Kementerian Kesihatan Malaysia dan Swasta.
- Pusat Rawatan Harian Pediatrik (Day Care) terletak di Aras Bawah, Blok Bangunan Tambahan dan menyediakan rawatan pesakit luar terutamanya kes-kes haemato-onkologi.
- Jabatan juga memberi perkhidmatan ke Hospital Kluster Alor Gajah dan Hospital Kluster Jasin.
- Pejabat Pentadbiran Am Jabatan Pediatrik terletak di Blok Lama Aras B1 dan menjalankan semua urusan pengurusan dan pentadbiran.
VISI DAN MISI
VISI
- Memberikan perkhidmatan dan rawatan kepakaran terkini yang berkualiti dengan mengutamakan sikap prihatin, profesionalisma dan kerja berpasukan untuk kepuasan semua pelanggan kami.
MISI- Memberi perkhidmatan Pediatrik dan rawatan yang memfokuskan pesakit neonatal dan kanak-kanak secara kerja berpasukan, prihatin dan profesionalisme.
OBJEKTIF
Berusaha memberi perkhidmatan rawatan yang cemerlang dan menyeluruh kepada bayi dan kanak-kanak dengan mengutamakan perawatan yang cekap, bermutu tinggi dan berkesan, dengan menggunakan sumber yang sedia ada. Memberi perkhidmatan penentuan penyakit dan rawatan permulihan yang bermutu tinggi kepada bayi dan kanak-kanak sakit supaya komplikasi dapat diatasi diperingkat awal secara optima. Memberi perkhidmatan kejururawatan yang bermutu tinggi supaya pesakit-pesakit mendapat layanan yang sempurna dan cepat sembuh dalam suasana yang harmoni. Memberi latihan dalam pengurusan penyakit kanak-kanak dan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran rawatan dalam kalangan doktor dan jururawat. Memberi pendidikan kesihatan kepada pesakit dan keluarganya. Mengamalkan Polisi Penyusuan Ibu dan memelihara status Hospital Rakan Bayi dan Hospital Rakan Mesra Kanak – Kanak. SKOP PERKHIDMATAN
- Menyediakan perkhidmatan kepakaran pediatrik kepada bayi-bayi baru lahir sehingga umur 12 tahun.
PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN
- Perkhidmatan yang tersedia di Jabatan Pediatrik adalah Perubatan Am Pediatrik, Neonatalogi dan Penjagaan Intensif Pediatrik.