Jabatan Obstetrik & Ginekologi
- LATAR BELAKANG
- OBJEKTIF
- SKOP PERKHIDMATAN
LATAR BELAKANG
- Jabatan Obstetrik & Ginekologi Hospital Melaka merupakan sebuah jabatan yang aktif dan mantap dalam pengendalian pesakit wanita. Jabatan ini juga sentiasa memperbaiki dan memperkemaskan perkhidmatan. Khidmat Kepakaran Kebidanan dan Sakit Puan untuk memberi perawatan kepada pesakit yang berada di Daerah Melaka Tengah, Jasin, Alor Gajah, Selatan Negeri Sembilan dan Utara Johor. Jabatan ini mempunyai 5 wad (Antenatal, Postnatal dan Sakit Puan) iaitu Wad Aras 2 - 2, 2 - 4, 3 - 3, 3 - 1 dan Wad A3 di bangunan lama. Kamar Bersalin mempunyai 17 bilik untuk ibu–ibu bersalin dan ianya dilengkapi dengan satu bilik dewan bedah (OTM). Klinik Pakar Obstetrik & Ginekologi untuk kes rujukan dan susulan.
OBJEKTIF
Menyediakan perkhidmatan perawatan yang berkualiti serta berkesan bagi mewujudkan perhubungan yang baik diantara pelanggan dan anggota kesihatan. Memberi perkhidmatan yang berkualiti dan berkesan kepada semua kes–kes O&G disamping memberi kemudahan yang diperlukan. Memberi pendidikan kesihatan kepada bakal-bakal ibu supaya lebih yakin semasa menghadapi saat-saat kelahiran. Menyediakan khidmat kaunseling kepada wanita-wanita yang bermasalah seperti kanser pangkal rahim, endometrosis, infertility, menopause serta lain-lain kes yang berkaitan. Mengurangkan kes-kes kematian ibu dan bayi untuk menuju ke arah pencapaian MDG 4 & MDG 5. Membantu kerajaan dalam usaha memberi kesedaran dan kefahaman kepada semua kaum wanita betapa pentingnya pencegahan penyakit kanser pangkal rahim. Semua ibu yang bersalin di Hospital Melaka digalakkan menyusukan bayi mereka dengan susu ibu sepenuhnya yang selaras dengan status Hospital Rakan Bayi. SKOP PERKHIDMATAN
- Jabatan ini menjalankan aktiviti-aktiviti seperti berikut:
- Penjagaan ibu–ibu mengandung (Antenatal)
- Penjagaan ibu selepas bersalin (Postnatal) dan bayi
- Penjagaan wanita yang bermasaalah sakit puan (Ginekologi)
- Klinik Pakar O&G beroperasi dari hari Isnin hingga Jumaat untuk kes–kes rujukan dan susulan Antenatal, Postnatal, Sakit Puan, Pre-Pregnancy Clinic dan Kelas Peneman.
- Prosedur–prosedur yang dijalankan di klinik adalah seperti berikut:
- Colposcopy
- Cryotherapy
- IUCD Insertion
- Removal IUCD
- Mirena Insertion
- Implanon Insertion
- Removal Of Implanon
- Endometrium Sampling
- Intra Uterine Insemination
- Kursus Peneman
- Jabatan ini menjalankan aktiviti-aktiviti seperti berikut: