Pilihan Tema : 

Jabatan Kecemasan & Trauma

  • LATAR BELAKANG

    Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Melaka merupakan jabatan yang menjadi laluan utama kemasukan pesakit untuk menerima rawatan juga dikenali sebagai barisan hadapan di Hospital Melaka (front liner) dan beroperasi 24 jam. Jabatan ini juga merupakan salah satu daripada komponen utama perkhidmatan kesihatan yang bertanggungungjawab memberikan perkhidmatan perawatan dan pemulihan pesakit kecemasan, diagnostik dan pencegahan serta menerima kes-kes rujukan dari hospital-hospital lain, klinik kerajaan dan swasta dari dalam dan luar negeri Melaka. Perkhidmatan jabatan dijalankan berteraskan nilai-nilai perikemanusiaan dengan menekankan kepada aspek-aspek sosio ekonomik, budaya pesakit, mengutamakan kepentingan kesihatan dan keselesaan pesakit serta berusaha memberikan perkhidmatan rawatan kecemasan dengan cepat dan tepat.

    Perkhidmatan kecemasan di Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Melaka telah berkembang selari dengan peredaran masa. Jabatan Kecemasan & Trauma yang diketuai oleh Pakar Perubatan Kecemasan turut berubah.  Zaman di mana perubatan kecemasan bukan satu bidang kepakaran telah lama berlalu.  Pegawai Perubatan dan anggota Jabatan Kecemasan tidak lagi berfungsi sebagai ’Polis Trafik’ yang hanya menghalakan pesakit-pesakit mengikut diagnosa kepakaran sama ada  pesakit medical, surgical, obstetric & gynaecological, orthopedic dan sebagainya.

  • VISI DAN MISI

           
    MISI
     
    • Memberikan rawatan kecemasan yang cepat, tepat dan menyeluruh kepada setiap pelanggan. Rawatan ini meliputi rawatan resussitasi, stabilisasi dan juga rawatan yang lengkap. Juga menjadikan Jabatan Kecemasan dan Traumatologi sebagai pusat rawatan, rujukan dan latihan yang terulung dalam bidang Perubatan Kecemasan dengan menyediakan perkhidmatan dan rawatan yang profesional dan bertaraf dunia.
  • OBJEKTIF 

    Mewujudkan satu pusat perawatan yang cemerlang didalam memberikan rawatan berkualiti tinggi didalam bidang kecemasan dan trauma
    Memberikan perkhidmatan dengan cepat, cekap, tepat dan berkesan 
    Memberikan keutamaan kepada kes-kes kecemasan berpandukan kepada sistem Triage (saringan) 
    Memberikan rawatan yang berkesan kepada semua pesakit kecemasan 
    Menyediakan perkhidmatan diagnosis pesakit, perawatan dan pemulihan yang mudah diperolehi, cekap dan berkesan kepada pelanggan agar dapat membantu dalam menyembuhkan pesakit di peringkat awal dan secara maksimum 

  • SUB UNIT DI BAWAH JABATAN

    • Perkhidmatan Kecemasan
    • Pre Hospital Care
    • Medical Emergency Coordination Centre (MECC)

     

  • SKOP PERKHIDMATAN

    • Perkhidmatan pesakit dalam
    • Perkhidmatan pesakit luar
    • Perkhidmatan Makmal Ujian Khas - Kardiologi dan Neurologi
    • Unit Rawatan Harian
    • Aktiviti Tibi
    • Kaunseling dan pendidikan pesakit
    • Perkhidmatan Kluster di HJ dan HAG
  • PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

    • Rawatan Perubatan Kecemasan Dan Trauma.
    • Perkhidmatan Ambulans – Rawatan Pra Hospital.
    • Pusat Perkhidmatan sepadu (One Stop Crisis Centre – OSCC) untuk kes-kes keganasan rumahtangga, jenayah seksual dan penderaan kanak-kanak.
    • Pasukan Perlindungan Perubatan.
    • Pelan Tindakan kes-kes Bencana.
    • Pusat latihan anggota Paramedik berbagai agensi lain – BOMBA, PBSM, APAM, St John Ambulance, INSAN dan sebagainya

     

Toggle Setting Menu