Unit Perolehan Organ Hospital (UPOH)
- LATAR BELAKANG
- VISI DAN MISI
- OBJEKTIF
- SUBUNIT
- SKOP PERKHIDMATAN
- KURSUS-KURSUS ANJURAN UPOH
- SOALAN LAZIM
- ALIRAN KERJA
- BAHAN RUJUKAN & PROMOSI
- BOOKLET PEMINDAHAN ORGAN DARI PERSPEKTIF ISLAM
- MATERIAL
- Unit Perolehan Organ Hospital (UPOH), Hospital Melaka ditubuhkan pada 2 Januari 2020 atas arahan Ketua Pengarah Kesihatan mengikut surat pekeliling 5/2019: Pengukuhan Tadbir Urus Perkhidmatan Perolehan Organ dan Tisu Kementerian Kesihatan Malaysia. Pejabat UPOH berpusat di Kompleks Cemerlang Hospital Melaka dan telah beroperasi dengan sepenuhnya sejak ia ditubuhkan.Terdapat 16 UPOH Hospital dengan Unit Rawatan Rapi yang telah dikenalpasti sebagai hospital fokus bagi aktiviti perolehan organ dan tisu di seluruh Malaysia. Tujuan utama penubuhan UPOH adalah selaras dengan aspirasi Pusat Sumber Transplan Nasional (PSTN), iaitu untuk memberi kesedaran dan maklumat yang tepat kepada masyarakat di seluruh Malaysia tentang pendermaan organ dan tisu, di samping mengendalikan kes-kes Pendermaan Organ Kadaverik (selepas kematian).Lokasi Pejabat UPOH: Kompleks Cemerlang, Hospital MelakaNo telefon: 06 - 289 2152
- VISI
- Malaysia akan menjadi sebuah negara yang terdirI daripada individu dan masyarakat yang prihatin serta menerima konsep pendermaan organ dan tisu sesuai dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan masyarakat penyayang.
- Meningkatkan lagi kadar pendermaan organ supaya setiap warganegara Malaysia yang memerlukan pemindahan organ akan mendapat peluang untuk menerima organ dan menjalani kehidupan yang lebih berkualiti.
MISI-
Meningkatkan:
-
“Pool” penderma organ berpotensi (potential donor pool) secara proaktif (Active Donor Detection).
-
Kadar pertukaran bakal penderma yang sesuai (potential donors) dari sudut perubatan kepada penderma sebenar (actual donors).
-
-
Mewujudkan penglibatan dan penyertaan masyarakat untuk:
-
Mencapai sepenuhnya kemampuan pendermaan organ.
-
Menghargai organ dan tisu sebagai aset yang bernilai.
-
Mengambil langkah positif meningkatkan lagi tahap pendermaan organ dan tisu serta menikmati kehidupan yang lebih bermutu.
-
- Mempertingkatkan kadar pendermaan organ dan tisu di peringkat Hospital Melaka serta memastikan kelancaran proses rujukan dan proses perolehan organ dan tisu.
- Menjadi pusat koordinasi proses perolehan organ dan tisu di negeri Melaka (termasuk Hospital Kluster dan Hospital Swasta).
- Melaksanakan program kesedaran pendermaan organ dan tisu berterusan, serta menguruskan pendaftaran pengikrar pendermaan di negeri Melaka.
- Menjalinkan hubungan dengan badan kerajaan, badan bukan kerajaan, pusat pengajian tinggi awam dan swasta, pihak media massa (media cetak dan elektronik) dan pihak lain yang berkaitan bagi menyebarkan maklumat yang betul mengenai pendermaan organ dan transplantasi.
- Menjadi pusat maklumat berterusan kepada masyarakat negeri Melaka dan Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai pendermaan dan transplantasi organ dan tisu di Malaysia.
tiada - Mengesan semua kes berpotensi dengan proaktif samada di kalangan kes mati otak atau “cardiac death” untuk pendermaan organ dan tisu di peringkat hospital.
- Memastikan semua kes disyaki mati otak dibuat ujian pengesahan mati otak.
- Memberi kaunseling kepada semua waris pesakit yang meninggal dunia dan dinilai sesuai bagi pendermaan organ dan tisu.
- Merujuk semua kes yang sesuai kepada Pusat Sumber Transplan Nasional (PSTN) bagi proses perolehan organ dan tisu.
- Menyelaraskan proses perolehan organ dan tisu bersama PSTN.
- Menjalankan audit kematian di peringkat hospital.
- Mengadakan latihan dan promosi tentang pendermaan organ kepada anggota kesihatan dan masyarakat.
- Mengadakan lawatan rumah untuk sokongan psikologi kepada ahli keluarga penderma (Post Donation Care).
- KKM Jom Ikrar x3 setahun
- Bengkel Simulasi Pendermaan Organ dan Tisu
- Malaysian Grief Response & Organ Donation Awareness (MyGRODA) dengan kerjasama NTRC
- Advance Course in Donor Management
-
Adakah Islam mengharamkan pendermaan organ?
Tidak. Islam sebaliknya menggalakkan pendermaan organ dan tisu kerana ia dilakukan dengan tujuan yang baik. Hukum pendermaan organ dalam Islam adalah harus. Umat Islam di Malaysia juga dibenarkan untuk berikrar sebagai penderma organ dan tisu.- Adakah pendermaan organ dan tisu akan mencacatkan jenazah penderma?
Pendermaan organ dan tisu tidak akan merubah rupa dan bentuk tubuh badan penderma. Segala usaha akan dilaksanakan untuk memastikan penderma disantuni dengan penuh hormat dan pembedahan dijalankan secara teliti. Pengurusan dan pengebumian jenazah boleh diteruskan seperti biasa.- Adakah rawatan saya di hospital akan terjejas sekiranya diketahui bahawa saya telah berikrar sebagai penderma organ?
Tidak, rawatan oleh pihak hospital tidak akan terjejas. Keutamaan bidang perubatan adalah untuk merawat pesakit yang masih hidup. Permintaan untuk tujuan pendermaan organ dan/atau tisu hanya berlaku setelah seseorang itu telah disahkan meninggal dunia dan transplantasi dijalankan sekiranya mendapat keizinan bertulis daripada ahli keluarga atau waris.- Adakah kesemua organ akan dikeluarkan daripada penderma yang telah meninggal dunia?
Hanya organ dan tisu yang mempunyai penerima yang bersesuaian, dan yang masih berfungsi serta yang dibenarkan oleh waris sahaja yang akan dipindahkan untuk tujuan transplantasi.- Sekiranya seseorang itu meninggal dunia di rumah, adakah pendermaan masih boleh diteruskan?
Ya, kornea mata masih boleh didermakan sekiranya kematian berlaku di rumah.
-
Rujuk pautan di bawah: