Unit Kawalan Infeksi
- LATAR BELAKANG
- VISI DAN MISI
- OBJEKTIF
- SKOP PERKHIDMATAN
LATAR BELAKANG
- Unit Kawalan Infeksi adalah sebuah unit yang mengendalikan perkara-perkara yang berkaitan dengan pencegahan dan pengawalan infeksi di Hospital Melaka. Telah berfungsi sejak dari tahun 1995 yang beroperasi di bawah Jabatan Patologi.
- Dahulunya unit ini dipengerusikan oleh Pengarah Hospital Melaka dan tugas ini diserahkan kepada Pakar Perunding Kanan Jabatan Patologi pada tahun 2000.
- Kerja pengawalan dan pencegahan infeksi telah dijalankan oleh seorang Jururawat Terlatih. Oleh kerana bilangan pesakit semakin meningkat pada tahun 2003, seorang Ketua Jururawat telah dilantik untuk melicinkan lagi tugas tersebut.
- Memandangkan nisbah pengawalan infeksi adalah 1:250 orang pesakit, jumlah Jururawat Kawalan Infeksi telah ditambah kepada 2 orang pada bulan Oktober 2003.
- Dahulunya Unit Kawalan Infeksi adalah di bawah seliaan Jabatan Patologi, mulai dari bulan Oktober 2003 unit ini telah beroperasi dengan sendirinya dan telah berpindah ke pejabat di Blok Aras B2. Pada tahun 2013 sehingga kini Unit Kawalan Infeksi telah berpindah ke Aras 1, Kompleks Ilmu Hospital Melaka.
VISI DAN MISI
VISI
- Untuk mewujudkan sebuah unit yang cemerlang untuk mencegah dan mengawal infeksi nasokomial di dalam kawasan hospital.
MISI- Untuk memastikan setiap individu memahami dan mengimplimentasi Program Kawalan Infeksi di Hospital Melaka berteraskan Budaya Kualiti dan Kerja Berpasukan serta Professionalisma demi menjadikan persekitaran Hospital Melaka selamat dan bebas dari infeksi.
OBJEKTIF
Mewujudkan dan melaksanakan survelan infeksi nasokomial yang efektif dan efisien sepanjang masa Pelaksanaan Standard & Additional Precaution dalam kalangan anggota hospital untuk mengelakkan transmisi infeksi demi penjagaan yang selamat dan bebas dari infeksi nasokomial. Meningkatkan ilmu pengetahuan dan kesedaran staf betapa pentingnya kawalan infeksi nasokomial melalui pembelajaran berterusan. SKOP PERKHIDMATAN
- Mengesan kes alert organism melalui keputusan makmal serta membuat lawatan di wad.
- Pemantauan Pengukuhan Pengawalan Infeksi Di Wad/ Unit/ Jabatan/ Klinik.
- Menjalankan Pengurusan Wabak (Outbreak)
- Menjalankan Enviromental Sampling & Air Sampling.
- Pemantauan Pengurusan Tumpahan Cecair Badan (Spillage).
- Pendidikan Kesihatan berkaitan pengurusan pengawalan pencegahan kawalan infeksi.
- Orientasi Kawalan infeksi kepada semua kakitangan yang baru/ berpindah masuk ke Hospital Melaka.
- Sebagai Liason Officer di antara pihak perkhidmatan sokongan (Medivest Sdn Bhd) berkenaan penguasaan cleansing/ linen dan HWMS.