Unit Kejuruteraan Operasi
- LATAR BELAKANG
- SKOP PERKHIDMATAN
LATAR BELAKANG
- Unit Kejuruteraan Operasi diwujudkan pada tahun 2010 bagi mengambilalih fungsi syarikat juruperunding SIHAT. Penubuhan unit ini adalah bagi melaksanakan kawal seliaan khidmat sokongan hospital.
SKOP PERKHIDMATAN
- Menilai Keberkesanan pelaksanaan secara menyeluruh penswastaan Perkhidmatan Sokongan Hospital (PSH) dalam mematuhi perjanjian konsesi/kontrak bagi kelima-lima perkhidmatan seperti perkhidmatan penyelenggaraan kejuruteraan fasiliti (FEMS), perkhidmatan penyelenggaraan kejuruteraan biomedikal (BEMS), perkhidmatan pengurusan sisa klinikal (CWMS), perkhidmatan pembersihan (CLS) dan perkhidmatan linen dan pendobian (LLS).
- Menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas sistem, pepasangan, loji dan peralatan jentera/mekanikal dan biomedikal/elektronik.
- Penyediaan laporan ‘Beyond Economic Repair 2’ (BER2) dan ‘sijil perakuan pelupusan’ (PEP) bagi peralatan jentera/mekanikal, elektrik dan biomedical temasuk menyemak laporan Beyond Economic Repair 1(BER1) yang disediakan oleh syarikat konsesi.
- Memastikan operasi rangkaian teknologi maklumat (CMIS) dan program jaminan mutu (QAP) bagi PSH dikemaskini serta berkesan.
- Menyemak prestasi, laporan teknikal, laporan kejadian dan aduan bagi PSH termasuk membuat penilaian prestasi dengan melaksanakan pemotongan yuran terhadap syarikat konsesi setiap bulan.
- Pemantauan kerja penyelenggaraan bangunan, sistem, pepasangan, loji dan peralatan jentera/mekanikal, elektrikal dan biomedikal semasa tempoh tanggungan kecacatan (DLP) bagi hospital/fasiliti baru.
- Menyelaras maklumat berkaitan pembayaran set tambahan di hospital.
- Menyemak Hospital Specific Implementation Plan(HSIP) setiap tahun bagi kesemua PSH.
- Memberi khidmat nasihat teknikal dan profesional kepada pengarah hospital, timbalan-timbalan pengarah hospital dan semua pengguna yang memerlukan.
- Menyediakan spesifikasi kerja, lakaran lukisan pembinaan, lawatan tapak serta dokumen yang berkaitan.
- Pemantauan projek-projek pembangunan dan kerja-kerja pengujian dan pentauliahan.