Pilihan Tema : 

Unit Kesihatan Awam

  • LATAR BELAKANG

    • Unit Kesihatan Awam merupakan perkhidmatan yang mula diperkenalkan di Hospital Melaka pada 12 Mei 2003.
    • Unit ini dikawal selia oleh Timbalan Pengarah Perubatan IV (Kesihatan Awam), dan terdiri daripada Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Pembantu Kesihatan Awam dan seorang Pembantu Awam.
  • VISI DAN MISI

           
       VISI  
      
    • Untuk menjadikan Unit Kesihatan Awam, Hospital Melaka sebagai Unit Sokongan yang berupaya memberi perkhidmatan aktiviti pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit, penguatkuasaan perundangan dengan cekap dan berkesan menerusi budaya kerja berpasukan, professional dan penyayang serta menggunakan teknologi maklumat yang terkini.
       MISI  
    • Kami komited memberi perkhidmatan secara professional dan sentiasa berada pada tahap cemerlang untuk membantu setiap anggota kerja dan orang yang berada di Hospital Melaka berada di persekitaran kerja yang selamat, selesa dan sihat.
  • OBJEKTIF 

    Memastikan seluruh kawasan persekitaran Hospital Melaka bebas daripada pembiakan Aedes dan lain-lain penyakit berjangkit
    Memastikan aktiviti survelan, penyelidikan epidemiologi dan latihan dilaksanakan dengan berkesan dan secara berterusan
    Memastikan seluruh kawasan Hospital Melaka bebas daripada asap rokok melalui pengeluaran kompaun
    Memastikan premis makanan di Hospital Melaka dalam keadaan sanitari sepanjang masa
    Memastikan persekitaran Hospital Melaka adalah bersih dan seamat serta bebas dari kacauganggu penyakit-berjangkit

  • SKOP PERKHIDMATAN

    • Kawalan Penyakit Berjangkit (Notifikasi Kes Penyakit-berjangkit)
    • Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit
    • Kawalan Penyakit Bawaan Vektor
    • Kawalan Mutu Air Minum
    • Kawalan Mutu Kebersihan Air Minuman
    • Pengurusan Data Survelan
  • PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

    • Aktiviti Pencegahan & Kawalan Penyakit-Berjangkit dalam kawasan hospital serta fasilitinya
    • Aktiviti Pencegahan & Kawalan Penyakit Bawaan Vektor dalam kawasan hospital serta fasilitinya
    • Aktiviti Keselamatan & Kualiti Makanan melibatkan premis makanan, perkhidmatan jualan, sajian dan penyediaan makanan dalam kawasan hospital
    • Aktiviti Kesihatan Persekitaran (Persampelan air terawat, air kumbahan dan ‘Cooling Tower’, kajian-kajian berkaitan)
    • Penguatkuasaan & Perundangan Kesihatan Awam :
      • Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 (Hospital sebagai kawasan bebas asap rokok, mengeluarkan kompaun kepada perokok))
      • Akta Permusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 ( Hospital sebagai kawasan bebas denggi, kajian-kajian berkaitan)
      • Akta Pencegahan & Kawalan Penyakit- Berjangkit 1988 (Memastikan tiada kes lewat notifikasi penyakit-berjangkit)
      • Akta Makanan 1983 ,Peraturan-peraturan Makanan 1985 & Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009 (Pemeriksaan premis makanan)

     

Toggle Setting Menu