Pilihan Tema : 

UNIT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

  • LATAR BELAKANG

    Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP), Hospital Melaka kini berada di bawah seliaan Timbalan Pengarah Perubatan IV, Hospital Melaka (Dr. Mohd Rosli bin Tompang) dan diketuai oleh seorang Pegawai Perubatan UD48. UKKP Hospital Melaka mempunyai tenaga pekerja seorang (1) Pegawai Perubatan UD52, dua (2) orang Pegawai Perubatan UD48, dua (2) orang Pegawai Perubatan UD44 dan seorang (1) Pembantu Perawatan Kesihatan U12. Keenam-enam (6) orang Pegawai Perubatan (UD52/UD48/UD44) dan seorang Pembantu Perawatan Kesihatan U12 ditempatkan di Unit Kesihatan Awam secara pentadbiran atas sebab kepentingan perkhidmatan.

    Penubuhan UKKP Hospital Melaka sejajar dengan arahan mewujudkan program Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dengan menggunapakai penjawatan sedia ada mengikut surat pekelililng Pejabat Timbalan Pengarah Kesihatan   KKM600-37/1/3(2) bertarikh 11 Julai 2016; Arahan Pewujudan Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Hospital Di Kementerian Kesihatan Malaysia, sebahagian besar tugas asal Unit Kesihatan Awam (UKA)  telah diserahkan kepada unit yang baru. Unit ini dinamakan UNIT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (UKKP) HOSPITAL MELAKA. Manakala UNIT KESIHATAN PERSEKITARAN DAN INSPEKTORAT (UKPI) diwujudkan bagi mengurus dan melaksana aktiviti-aktiviti selain daripada yang digariskan di dalam UKKP.

  • SKOP PERKHIDMATAN 

    Mewujudkan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang berterusan dan teratur selaras dengan kehendak undang-undang.

    Mewujudkan kawasan dan suasana kerja yang selamat, sihat dan sejahtera serta peralatan-peralatan keselamatan yang sesuai dan mencukupi supaya tidak menimbulkan bencana keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

    Mengkaji dan menyemak tentang trend kemalangan, kejadian berbahaya, kemalangan nyaris, keracunan atau penyakit yang disebabkan yang berlaku di tempat kerja dan melaporkan pada pihak pengurusan keadaan atau amalan yang tidak selamat atau tidak sihat di tempat kerja bersama-sama dengan cadangan untuk tindakan penambahbaikan berdasarkan Notification of Accident, Dangerous Occurence and Occupational Diseases Regulations 2004 (NADOPOD)

    Mengkaji semula dasar keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dan memberi cadangan kepada majikan bagi apa-apa untuk tindakan penyemakan semula dasar tersebut

    Menimbangkan apa-apa laporan yang berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, audit keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang dikemukan oleh pegawai, laporan dan maklumat berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan laporan oleh agensi-agensi kerajaan lain mengenai perkara-perkara berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

    Menjalankan pemeriksaan, penyiasatan dan memantau prestasi keselamatan dan kesihatan tempat kerja

    Memantau prestasi keselamatan dan kesihatan di peringkat jabatan/unit.

Toggle Setting Menu