Pilihan Tema : 

Jabatan Perubatan Transfusi

  • LATAR BELAKANG

    Jabatan Perubatan Transfusi berperanan sebagai pusat pungutan darah, memproses darah yang dipungut, melakukan ujian saringan dan seterusnya membekalkan darah serta komponen mengikut piawaian yang ditetapkan.

    Selain itu, unit ini juga berfungsi sebagai Pusat Saringan Darah Wilayah dan Pusat Rujukan bagi seluruh negeri Melaka (hospital kerajaan dan swasta) dan kawasan Johor Utara yang meliputi Hospital Muar, Hospital Tangkak dan Hospital Segamat.

  • VISI DAN MISI

           
     VISI  
     
    • Menyediakan perkhidmatan transfusi yang efisyen, efektif, dan berterusan bagi memenuhi keperluan penjagaan kesihatan masyarakat, pesakit dan penderma darah melalui amalan perubatan transfusi yang terkini.
     MISI  
    • Menyediakan perkhidmatan transfusi yang selamat dan berkualiti melalui sumber manusia yang terlatih dan berpengetahuan, implimentasi sistem kualiti dan amalan pengilangan yang baik dengan komitmen yang tinggi, kerja berpasukan dan profesionalisma.
  • OBJEKTIF 

    Menyediakan bekalan darah dan komponen darah yang selamat, mencukupi dan berkualiti untuk keperluan rawatan pesakit bagi semua hospital di negeri Melaka.

    Mempromosikan penggunaan darah dan komponen darah secara rasional dan efisyen serta memastikan amalan transfusi yang selamat demi keselamatan pesakit.

    Menggabungkan jaminan kualiti di dalam semua prosedur berkaitan perkhidmatan transfusi.

    Memberi pendidikan kepada penderma darah dan masyarakat serta memberikan penjagaan yang berkualiti kepada penderma darah.

    Menyediakan latihan, pendidikan, kajian dan pembangunan selaras dengan amalan dan teknologi terkini perubatan transfusi.

  • SUB UNIT DI BAWAH JABATAN

    1. Unit Perolehan Darah
      Melaksanakan dan menguruskan berkaitan kutipan darah dan komponen darah.
    2. Unit Haemovigilan
      Melaksanakan dan menguruskan siasatan insiden berkaitan penderma darah dan pesakit.
    3. Unit Transfusi Mikrobiologi
      Menjalakan ujian saringan penderma darah.
    4. Unit Immunohematologi dan Transfusi Klinikal
      Menjalakan ujian immunohematologi pesakit
    5. Unit Komponen dan Inventori
      Memproses darah dan komponen darah. Menguruskan penyimpanan dan bekalan darah dan komponen darah.
    6. Unit Kualiti
      Merancang dan memantau aktiviti kualiti jabatan.
    7. Unit Pengurusan
      Melaksanakan aktiviti kewangan,perolehan, sumber manusia, dan aktiviti pengurusan am yang berkaitan.
  • SKOP PERKHIDMATAN

    • Memastikan bekalan darah adalah mencukupi pada setiap masa dengan melakukan pungutan darah dari penderma sukarela (statik dan pendermaan bergerak).
    • Mengurus pemberian suntikan immunisasi Hepatitis B untuk penderma darah yang layak.
    • Memproses, membekalkan darah dan komponen darah untuk keperluan pesakit di Hospital Melaka, Pusat Perubatan dan Hospital Swasta seluruh Negeri Melaka serta ke hospital-hospital kerajaan yang lain seperti Hospital Alor Gajah, Jasin dan Hospital Angkatan Tentera Terendak.
    • Menyedia, membungkus dan mengurus penghantaran plasma bagi program fraksinasi ke Commonwealth Serum Laboratory (CSL), Australia melalui Pusat Darah Negara.
    • Sebagai Pusat Saringan Darah Wilayah, unit ini bertanggungjawab untuk melakukan ujian-ujian saringan HIV, Hepatitis B & C serta siflis bagi semua darah yang didermakan di Hospital Melaka dan wilayah Johor Utara (Hospital Muar, Hospital Tangkak dan Hospital Segamat).
    • Membungkus dan mengurus penghantaran sampel penderma darah dari Hospital Melaka dan wilayah Johor Utara bagi ujian nucleic acid testing (NAT) ke Pusat Darah Negara.
    • Menerima rujukan kes-kes red cell antibody dan incompatible crossmatching dari hospital-hospital swasta di Melaka, melakukan ujian lanjut immunohematologi serta membekalkan darah yang sesuai.
  • PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

    • Pendermaan darah
    • Ujian ABO & Rh (D) Grouping
    • Ujian Coombs
    • Ujian Antibody Identification
    • Ujian Red Cell Crossmatching
    • Anti D Titer
    • Red Cell Phenotyping
    • Transfusion reaction investigation
    • Pemprosesan dan pembekalan
      • Whole blood
      • Packed cells
      • Random dan apheresis platelet
      • Random dan apheresis plasma
      • Fresh frozen plasma
      • Cryoprecipitate
      • Cryosupernatant
      • Pathogen inactivation plasma dan platelet
      • Irradiated packed cells dan platelet.
      • Filtered red cells
      • Washed red cells
  • AKREDITASI

    1. Pensijilan Good Manufacturing Practice daripada National Pharmaceutical Regulatory Agency.
    2. Pensijilan Good Manufacturing Practice daripada Commonwealth Serum Laboratory Australia.
    3. Pensijilan ISO 15189 (Medical Laboratories) daripada Jabatan Standard Malaysia.
    4. Pensijilan ISO 9001 (Sistem Pengurusan Kualiti) daripada Jabatan Standard Malaysia.

Toggle Setting Menu